Connect with us

#viral

Peniaga tempatan bakal disenarai hitam jika premis dijaga warga asing

Baru baru ini, yang diPertua Majlis Pebandaran Klang (MPK) menyatakan bahawa mana-mana peniaga tempatan yang menyerahkan premis perniagaan kepada warga asing akan dikenakan tindakan senarai hitam (blacklist).

Dr Ahmad Fadzil Ahmad Tajudin juga berkata bahawa Majlis Pembandaran Klang tidak akan membenarkan golongan yang terlibat dengan kes ini menjalankan sebarang perniagaan untuk dua ke tiga tahun.

“Kita sedang meneliti tindakan berkenaan memandangkan hukuman membatalkan lesen dilakukan sebelum ini membolehkan peniaga tempatan melakukan kesalahan berulang kali kerana pemohonan lesen perniagaan boleh dibuat kembali selepas pembatalannya.

“Saya amat berharap supaya mereka bersemangat patriotik dan tidak sewenang-wenangnya menyerahkan kemudahan diberikan kepada warga asing, fikirkan demi masa depan anak bangsa,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Penuh Majlis Pembandaran Klang tempoh hari.

Pada waktu yang sama, Dr Ahmad Fadzil menyatakan bahawa demi menjaga kredibiliti, susulan warga tempatan yang berkahwin dengan warga asing akan turut diteliti sebelum pemberian lesen dilakukan. Ini kerana ramai golongan tersebut cuba mengambil kesempatan.

“Sepatutnya warga tempatan yang memiliki lesen perniagaan perlu berada di premis dan bukan sebaliknya iaitu pasangan (warga asing) yang menjaga kedai, ia adalah salah dari segi undang-undang.

“Oleh sebab itu, apabila penguat kuasa MPK mendapati warga asing yang berada di kedai maka tindakan membatalkan lesen boleh diambil,”

Sebelum ini, pihak MPK menerima aduan daripada penduduk tempatan di situ mengenai sebahagian warga asing menjalankan aktiviti perniagaan pasar malam secara haram sekitar jam 6 petang hingga 9 atau 10 malam terutamanya pada hari minggu.

“Kita juga dimaklumkan terdapat kira-kira 15 peniaga warga asing yang berniaga di pasar malam haram itu, ada yang berniaga makanan, pakaian, keperluan rumah dan runcit,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penuh Bulanan Bil. 4/2020 MPK, hari ini.

Apa pula pendapat anda sekalian wahai pembaca yang kami hormati? Jangan lupa Like dan Share ya!

Sumber: Selangorkini

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya