Connect with us

#pop

Penyanyi Popular ‘Ala Ala Tok Jangan Saman’ Poe Hembus Nafas Terakhir

Published

on

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ala Ala Tok Jangan Saman, Poe menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 12.30 tengah hari, Jumaat.

Menurut isterinya Nor Aisyah Zakaria, Poe atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad, 64, meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung, buah pinggang dan hati yang dihidapi selama beberapa tahun sebelum ini.

Penyanyi Popular ‘Ala Ala Tok Jangan Saman’ Poe Hembus Nafas Terakhir

“Sebenarnya dari minggu lepas lagi dia sudah dirawat di Hospital Selayang dan kelmarin doktor benarkan balik rumah tetapi keadaan kesihatan dia semakin teruk malam tadi, kaki membengkak… jadi anak menghubungi ambulans untuk bawa ke hospital.”

.

“Memandangkan rumah kami dekat dengan HKL, jadi dia terus dihantar ke sana… kesihatan arwah nampak semakin tenat.”

.

“Arwah sempat beritahu dia dah rasa lain… katanya macam dah nak berakhir dah! Mungkin kerana dia sakit, jadi kami pun tak terlalu fikir sangat. Tapi memang betul, dia telah pergi selamanya,” katanya

Sementara itu, Nor Aisyah memberitahu bahawa Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak dalam waktu terdekat.

“Jenazah baru sahaja selesai menjalani ujian saringan Covid-19, semua urusan akan diselesaikan di hospital dan akan dikebumikan secepat mungkin,” ujarnya.

Penyanyi Popular ‘Ala Ala Tok Jangan Saman’ Poe Hembus Nafas Terakhir

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Pada tahun 2016, bekas anggota kumpulan Rampa ini pernah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur kerana serangan angin ahmar/strok.

Kumpulan Rampa yang ditubuhkan pada 1984 merakamkan tiga album, Dunia Materialistik (1984), Apa Macam? (1985) dan Antara Kita Dengan Iblis Dan Syaitan (1986). Antara lagu popular kumpulan duo ini ialah Joyah, Jelaskan, Jemputan Kahwin, Hentam Saja dan Pilihlah Daku.

Salam Takziah kepada keluarga arwah Al-Fatihah Semoga roh dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh Aamiin Yaa Rabbal’Alamiin

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending