“Orang Pandang Atas Bawah” – Gadis Dengan Berbaju Kurung Ini Memasuki Pusat Beli-Belah Curi Tumpuan

Baju kurung adalah pakaian tradisional Melayu yang telah diwarisi sejak sekian lama hingga kini.

Sesiapa yang memakai baju kurung akan kelihatan sangat ayu, sopan dan cantik. Baju kurung juga memiliki pelbagai jenis dan corak. Rasa sedap mata memandang melihat gadis yang memakai baju kurung.

Baru-baru ini, sebuah video di TikTok viral yang menunjukkan seorang gadis berbaju kurung Melayu pergi ke pasar raya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

kerana memakai baju kurung

Dalam video tersebut, seorang gadis kelihatan sedang mengunjungi sebuah pasar raya sambil memakai pakaian baju kurung yang sangat sopan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia dipandang pelik oleh orang di sekelilingnya kerana penampilannya. Dia juga menerima pertanyaan seperti “Serius lah masuk mall pakai macam ni?”. Gadis tersebut dilihat melontarkan soalan seperti “Salah ke kampung girl nak shopping?”.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

“Perempuan kalau pakai baju kurung nampak cantik ayu je, jadi jangan dengar apa orang cakap okay?” – Netizen

Sementara itu, hasil tinjuan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan gadis itu bahawa tidak ada sala.hnya memakai baju kurung.

Malah, ramai yang bersetuju dengan mengenakan baju kurung menampakkan lebih cantik dan ayu.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 50K tontonan, 8K tanda suka dan 800 komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

a

a

a

a

Kita pekakkan telinga je sis, yang penting sis nampak ayu berbaju kurung!

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Says

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.