“Orang sekarang tak pandang sijil obersea la. Orang pandang sijil vaksin. Simpan je la ko punya tu dalam lemari..” – netizen pro vaksin

Jika disebut mengenai duit hantaran untuk perkahwinan, perkara tersebut sering kali menjadi perdebatan buat pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Malahan bahkan lagi, terdapat beberapa mekanisme yang diguna pakai bagi menentukan jumlah hantaran yang perlu dijelaskan oleh pihak rombongan bakal pengantin lelaki kepada bakal isterinya.

Bagaimanapun, nilai tersebut boleh berubah bergantung kepada budi bicara kedua-dua pihak.

Gadis serba boleh

Seperti video yang meraih perhatian ramai dikongsi seorang gadis berasal dari negara jiran iaitu Indonesia, dikenali sebagai Aufa menceritakan harga hantaran yang perlu dijelaskan oleh bakal suaminya. Difahamkan, gadis ini meminta wang hantaran sebanyak 500 juta rupiah (kira-kira RM141 ribu).

Apa yang lebih menarik perhatian, dia turut memberikan sebab-sebab mengapa meminta harga sedemikian rupa. Menerusi video tersebut gadis ini berkongsi antara pencapaian-pencapaian yang berjaya dimenangi olehnya. Lebih membanggakan apabila dia juga telah berjaya menamatkan pelajaran di luar negara kurang daripada tempoh 3 tahun dan berjaya dijemput sebagai penceramah.

Antara komen netizen:

“Saya pun pandai masak,cakap nak makan apa semua boleh buat.masakkan negeri mana negara mana inn shaa Allah boleh,nak makan dessert,kek,kuih muih,,pun boleh buat,nak minta buat kudap2 pun boleh, tapi tula belajar je tak tinggi sampai diploma ” – Nurshaa Shaa

“Org skang tak pandang sijil obersea la.. Org pandang sijil vaksin.. Simpan je la ko punya tu dalam lemari.. ” – Jobot Luncus

“Esok mati Allah x tnya hantaran hg berapa belajaq kat mna…Allah tnya amalan hg jaa..terimaaa ” – Dolphin Pelesitt

“Baik kawin janda anak 2 lagi best ade goyang sikit hahahahhahahahaaahahahhahahaa ” – Nyubi Hasip

“Baik beli tanah buat rumah. Beli ko buat apa. Kendur jugak nanti, nilai susut. ” – Muhammad Bukhari Amir

“Bwah Nye Ade emas ke…xpon rahim dia emas..Kang hantaran Tinggi2 xboleh beranak Pon rugi…bljr tinggi blom tentu menjamin kebahagian…xyh nk mahal2…klau mengaji pndai semua pndai jga aurat pndai boleh la Mintak ats 10k… pompuan Zmn skrg ” – Sis Eda

“Bayar mahal2 last tegur sikit melenting bodoh kutuk halia. ” – Muhammad Syafiq

“Ahaksss… rm141k??? pppuuuiiihhh!!! offer rm10k Je… taknak sudah… ramai lg cantik dan ader ciri2 isteri mithali… tu pun rm5k settle… dlm islam nie mudah… cukup sekadar senaskah al-Quran dan sekeping seJadah… mas kahwin secukupnye… yg lain tak penting… ” – Jason Kwk

“Kalau setakat bawak kereta seat kedepan sampai badan kene hon tkpla . ” – Muhamad Harith

Pandai Masak

Tidak berakhir di situ, walaupun sibuk menerima pelbagai undangan untuk memberikan motivasi gadis ini juga aktif melakukan perniagaan makanan yang dihasilkan sendiri olehnya.

Bila menyebut soal hal rumah tangga, gadis ini menjelaskan dia pandai untuk memasak apa sahaja menu baik dari segi makanan tradisional Indonesia mahupun masakan barat yang sering menjadi pilihan. Wah memang berbaloi sungguh!

Sumber: Baukencur123

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.