Connect with us

#news

Peraturan ‘1 kereta 1 orang ‘ berkuat kuasa 1 April ini

Published

on

Di bawah fasa kedua perintah kawalan gerakan (MCO), kerajaan akan menyekat bilangan orang dalam sebuah kereta persendirian. Menurut Menteri Pertahanan Ismail Sabri, hanya satu orang yang dibenarkan masuk ke dalam kereta yang berkuat kuasa 1 April ini.
“Fasa ke-2 akan bermula pada 1 April ini. Kami akan meningkatkan (peraturan) dari segi kawalan pergerakan..”

“Saya ingin menekankan bahawa ketika Fasa ke-2 nanti, pergerakan masih dibenarkan..”

“Tetapi seperti yang dinyatakan sebelum ini, apabila menggunakan kereta peribadi, anda dibenarkan membeli barangan runcit dan lain-lain tetapi ianya akan terhad kepada satu orang setiap kereta bermula 1 April ini” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini..”
Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara telah memberi mandat bahawa hanya “ketua keluarga” dibenarkan melakukan perbelanjaan runcit.

Pada 21 Mac, Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof berkata mandat tersebut hanyalah sebagai garis panduan, bukannya peraturan, dimana polis boleh membenarkan penghuni tambahan di dalam kenderaan jika ada alasan yang sah.

Sementara itu, Ismail berkata orang ramai dinasihatkan untuk membeli-belah dalam talian berbanding keluar untuk membeli barangan runcit dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, beliau berkata orang ramai harus mengelak daripada bersentuhan secara fizikal dengan penghantar barang dan makanan.
“Kami menggalakkan orang ramai (mengeluarkan arahan) kepada penghantar barang dan makanan untuk meninggalkan bungkusan di pagar dan penghantar perlu menghubungi (pembeli) kemudian,” katanya.
Tujuan Fasa ke-2 PKP adalah untuk menghalang dan menghentikan hubungan antara orang yang sihat dengan mereka yang dijangkiti virus Covid-19 yang membunuh ini akan berkuatkuasa bermula 1 sehingga 14 April ini.

Sehingga hari ini, Malaysia telah mencatatkan 2,626 kes jangkitan Covid-19 yang menyebabkan kematian 37 orang rakyat Malaysia.

Continue Reading

Trending

Shares