Connect with us

#news

Perlu dibantu bukan tak diendah, PM naik turun tangga dengar masalah rakyat

Prihatin mengenai golongan miskin bandar, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak, Kuala Lumpur pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, beliau mengambil kesempatan menziarah tiga penghuni PPR di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

Pada lawatan itu, beliau mendekati rakyat dengan mendengar luahan mereka bagi memastikan golongan tersebut tidak ketinggalan dalam arus pembangunan daripada aspek ekonomi, pendidikan atau sosial.

“Antaranya dengan menambah baik pusat-pusat komuniti setempat dengan aktiviti menambah kemahiran, keusahawanan dan memperkasakan pendidikan anak-anak mereka untuk menjamin kesejahteraan pada masa depan,” katanya.

Image may contain: 3 people, people standing

Selain itu, presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu juga percaya pelbagai inisiatif dilakukan oleh kementerian dan agensi-agensi kerajaan bagi membantu golongan berkenaan.

Pagi ini sebelum ke Parlimen, saya telah melawat ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak, Kuala Lumpur,…

Gepostet von Muhyiddin Yassin am Dienstag, 25. August 2020

“Lawatan ini banyak memberi maklumat kepada saya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.

“Kebanyakan mereka membuat bisnes kecil-kecilan, bekerja sebagai pemandu teksi dan lori serta ramai juga yang membuat kerja sendiri untuk meneruskan kehidupan mereka.

“Saya yakin, kesemua mereka menginginkan kehidupan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kekangan yang terpaksa mereka lalui,” ujarnya.

Image may contain: 1 person

Image may contain: 2 people, people standing, people sitting and indoor

Beliau juga berbangga melihat ramai rakyat yang rajin berusaha dimana segelintir sanggup melakukan pelbagai pekerjaan dalam masa sehari demi menambah pendapatan keluarga.

Image may contain: one or more people, people standing, car and outdoor

“Ada yang memandu teksi dan Grab. Ada yang menghantar makanan. Ada juga membuat kerja sambilan di luar waktu bekerja mereka.

“Saya akan berusaha untuk memastikan mereka ini tidak dipinggirkan malah perlu lagi dibantu. Kerajaan akan sentiasa meletakkan agenda membantu rakyat sebagai keutamaan,” tambahnya.

Sumber : Muhyiddin YassinOMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya