Connect with us

#news

Pertama kali Sherry menangis masa ‘Live’, Terkenang kehilangan ayah seawal usia 9 tahun

Sherry Al-Hadad. Pengacara, pelakon, bintang komedi, siapa tidak kenal akan nama ini? Dikenali kerana mempunyai watak yang masuk air, kelakar dan happy go lucky!

Tetapi di sebalik kegembiraan yang dibawa wanita ini, terdapat satu kisah yang tidak dikongsikannya dengan sesiapa.

Perit, duka, sepi yang dihadap oleh Sherry meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengar akan kisahnya.

Waktu lalu, Sherry telah dijemput ke satu rancangan variasi terbaru di Astro Warna iaitu Rumah 107.

Sharifah Shahira atau lebih mesra dikenali sebagai Shiera juga telah dijemput dan Khir Rahman merupakan hos rancangan tersebut.

Siapa sangka, disebalik perwatakan Sherry yang mencuit hati, amat jarang sekali kita dapat melihat sherry dan shiera menitiskan air mata.

Walau bagaimanapun, soalan yang diajukan oleh Khir terhadap mereka membuatkan air mata mereka menitis.

Tanpa kita tahu, Shiera sudah lama mengenali Sherry dan keluarganya. Lebih menyedihkan, Sherry telah kehilangan insan yang tersayang bergelar bapa sewaktu Sherry berumur 9 tahun.

9 tahun terlalu muda untuk Sherry memahami situasi yang berlaku pada waktu itu. Ya Allah sebaknya!

Shiera berkata, walaupun Sherry kehilangan insan yang penting dalam sesebuah keluarga, Shiera berasa kagum kerana melihat betapa tabahnya ibu Sherry menghadapi situasi yang memilukan itu.

Dalam rancangan itu, Sherry menceritakan dalam kesedihan, meskipun baru berusia 9 tahun pada waktu itu, Sherry mengakui dia banyak mempunyai kenangan yang indah bersama ayahnya semasa arwah ayahnya masih lagi bernafas.

Kasih sayang dapat dirasai oleh Sherry namun tidak bertahan lama.

“Abah suka main menyorok kalau setiap kali rutin balik sekolah..namun hari tu abah tiada..dapat tahu abah masuk hospital…”

Suasana di set pengambaran Rumah 107 bertukar menjadi sunyi dek masing masing di dalam merasai kesedihan apabila kehilangan insan yang tersayang.

Hidup dan Ajal hanya Tuhan sahaja yang Tahu. Oleh itu, kita patut sentiasa bersedia. Semoga Sherry kekal tabah dan kuat menghadapi hidupnya pada masa akan datang. Al-Fatihah.

Sumber : Irfan Empire

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending