Connect with us

#news

“Peruntukan untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina akan menjadi sejarah setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan,” – Teo Nie Ching

Ahli parlimen DAP mengecam kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak memperuntukkan dana untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam Belanjawan 2021, yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam.

Dalam satu kenyataan, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, semasa era Pakatan Harapan, Sekolah Menengah Persendirian Cina diperuntukkan RM12 juta pada tahun 2019 dan dana tersebut meningkat kepada RM15 juta di bawah Belanjawan 2020.

Namun, Khoo, yang menyentuh Belanjawan 2021 hari ini, berkata bahawa tidak satu sen pun akan masuk kepada 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina di negara ini dan jelas bahawa PN tidak menghormati sekolah-sekolah vernakular.

Sambil menyatakan kekesalannya atas kejadian itu, Khoo mengkritik MCA dan meminta presidennya, Wee Ka Siong untuk menjelaskan kepada masyarakat Cina bagaimana sekolah-sekolah yang sama-sama dilanda Covid-19, akan mengalami nasib semasa kejatuhan ekonomi kerana wabak tersebut.

“Usaha Pakatan Harapan sekali lagi sia-sia. Di manakah kehendak MCA untuk melindungi pendidikan Cina dan Sekolah Menengah Persendirian Cina?” soalnya.

Sementara itu, bekas timbalan menteri pendidikan Teo Nie Ching juga menggunakan media sosial untuk menyatakan kekecewaannya terhadap perkembangan tersebut.

“Peruntukan untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina akan menjadi sejarah setelah kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Dilaporkan bahawa kerajaan PN akan memperuntukkan RM50.4 bilion untuk kementerian pendidikan, yang menyumbang 15.6 peratus dari belanjawan.

Apakah ini petanda awal Belanjawan 2021 akan berdepan masalah ketika pengundian nanti?

Dua perkara yang paling membuatkan rakyat kecewa dan tidak puas hati ialah berkaitan pengeluaran wang daripada KWSP dan perlanjutan tempoh moratorium pinjaman bank.

UMNO, khususnya melalui Najib Razak, sejak dua tiga minggu lalu, giat mendesak kerajaan agar membenarkan rakyat mengeluarkan wang caruman sebanyak RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP.

Pengeluaran wang itu adalah untuk tujuan mereka menyelesaikan urusan kehidupan berikutan pandemik Covid19 yang membuatkan ramai hilang pekerjaan dan tiada pendapatan.

Dengan RM10 ribu dapat dikeluarkan dan jika pasangan turut berbuat demikian, bermakna jumlah RM20 ribu yang ada dalam tangan mampu menyelesaikan banyak urusan kehidukan, antaranya tentang bil-bil yang tertunggak.

Jika kebenaran itu diberikan, ia dianggarkan mampu memberi manfaat dan keselesaan kepada kira-kira 4.7 juta pencarum.

Malangnya, desakan dan permintaan UMNO itu tidak dipedulikan oleh Tengku Zafrul.

Dalam pembentangannya, beliau mengumumkan hanya pencarum hilang pekerjaan dibenarkan mengeluarkan wnag daripada Akaun 1 KWSP dengan jumlah RM500 sebulan selama setahun.

Dalam erti kata lain, jumlah dibenar dikeluarkan adalah RM6000 sahaja, tetapi dengan RM500 sebulan, apa yang boleh diselesaikan?

Itu pun, oleh kerana ia terhad kepada mereka yang hilang pekerjaan, manfaatnya hanya untuk 600 ribu pencarum semata-mata berbanding sasaran daripada cadangan asal ialah 4.7 juta pencarum.

Bagi moratorium pinjaman bank, kedua-pihak iaitu UMNO dan PH telah membuat desakan agar ia dilanjutkan selama tiga atau enam bulan lagi bagi tujuan meringankan beban hidup rakyat akibat Covid19.

Desakan ini juga tidak diterima, sebaliknya Tengku Zafrul sekadar mengumumkan moratorium bersasar untuk golongan B40 di mana mereka yang berkenaan perlu berurusan dengan pihak bank untuk memohonnya.

Selain itu, mereka juga diberi pilihan sama ada mengambil moratorium selama tiga bulan atau mengurangkan jumlah bayaran bagi tempoh enam bulan dengan membuat perisytiharan bahawa pendapatan mereka telah berkurangan.

Yang nyata di sini, desakan UMNO dan PH langsung tidak diberi perhatian oleh PH, walaupun ia adalah untuk manfaat majoriti rakyat.

Biar tersalah beri jangan tersalah nafi.

Continue Reading

Trending