Video | Nurse suruh pindah katil, sekali ‘bhaiya’ ni selamba jer angkut tilam sekali

Baru-baru ini, viral sebuah video menunjukkan sekumpulan petugas kesihatan yang terkedu dan geli hati sewaktu melihat aksi seorang warga asing. Difahamkan lagi, pesakit berkenaan telah diarahkan untuk berpindah katil.

Namun, menerusi video pendek yang dimuat naik di TikTok, siapa sangka pesakit lelaki tersebut dilihat terus mengangkat tilam dari katil lama untuk dibawa ke katil baru.

Terlalu jujur, sampai salah faham arahan

Apa yang lebih menggelikan hati, apabila beliau juga menyanyi dengan selamba sambil berkaki ayam dan memegang beg plastik berisi makanan ketika melintasi kaunter petugas kesihatan.

Berikutan itu, tindakannya ditegur petugas kesihatan di kaunter dan terus beliau diiringi seorang jururawat untuk mengembalikan semula tilam tersebut ke tempat asalnya.

@azrulhakim786Balas kepada @mrdeanobey♬ bunyi asal – AzrulHakim

Melihat ke bahagian komen, rata-rata netizen terhibur melihat tingkah laku ‘bhaiya’ berkenaan. Bukan itu sahaja, malah mereka turut bergurau dengan menyatakan warga asing itu terlalu menyayangi tilam berkenaan.

Bahkan, ada juga yang meluahkan rasa kasihan melihat kegigihan lelaki itu mengangkat tilam yang berat walaupun beliau masih belum sembuh, lebih-lebih lagi mengenangkan saat kesusahan di negaranya.

Ni mesti tak pernah masuk hospital

Nurse pun ketawa tak ingat dunia

Bagus pandai bawa diri

Kasihan tengok ke hulu he hilir bawa beg plastik

Sedih pula

Tempat dia jauh susah

Orang jujur moga cepat sembuh

Siapa tahu, mungkin seumur hidup dia tak pernah tidur atas tilam. Sebab itulah terlalu sayang untuk meninggalkan tilam tersebut.

Sementara itu, Malaysia berhasrat memberi imunisasi kepada 80 peratus atau sekurang-kurang 23.6 juta penduduk dewasanya, untuk mencapai imuniti kelompok.

Mengikut perancangan, penduduk bukan warganegara akan mula mendapatkan vaksin mereka pada Fasa Tiga. yang dijadualkan bermula pada bulan Jun. Bagaimanapun migran tanpa dokumen, mereka yang digelar tanpa negara dan pelarian berkemungkinan divaksin pada tahun 2022, iaitu penghujung Fasa Ketiga Pick.

Untuk menggalakkan kumpulan migran ini tampil bagi mendapatkan vaksin, kerajaan dilaporkan berjanji tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas mereka.

Apa pun, komunikasi yang berkesan mengenai maklumat tepat amat penting untuk migran dan penduduk lain.

Sumber: TikTok @azrulhakim786

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.