“Bukan Cara Umno, Kemenangan Begitu Tiada Rahmat” – Respon Zahid Hamidi Apabila Netizen Saran Umno ‘Belajar’ Dari Bersatu, DAP dan PKR

Umno, kata presidennya, tidak sekali-kali akan sanggup berbohong, memfitnah atau menawarkan janji yang indah-indah dalam manifestonya dalam perjuangan mendapatkan kembali kuasa di negara ini.

Hal itu kata Ahmad Zahid Hamidi diputuskan begitu kerana parti berkenaan mahu mencari kemenangan yang mendapat rahmat Tuhan.

Bukan Cara Umno

Bukan begitu cara parti Umno berpolitik. Kemenangan dengan cara begitu tiada rahmatnya.

“Kita perlukan keberkatan dan keredhaan Allah SWT apabila kembali mentadbir kelak,” katanya dalam hantaran di media sosial petang ini.

Jaminan Umno

Ahli parlimen Bagan Datuk itu berkata sedemikian sebagai mengulas komen pengikutnya yang menyarankan agar Umno ‘belajar’ daripada Bersatu, DAP dan PKR untuk mendapatkan semula kuasa selepas mereka gagal mendapat mandat rakyat pada 2018.

Ada yang menulis dan bertanya di Facebook mengapa UMNO berpolitik dengan memberi fakta.

Jika memfitnah dan tipu rakyat baru boleh menang PRU15 seperti lawan politik praktikkan pada PRU14.

Tergelak kecil membaca komen itu, namun saya faham maksudnya. Ia penulisan sarkastik.

Tetapi ini jaminan saya sebagai Presiden UMNO. Tidak sesekali UMNO akan menipu rakyat.

Apatah lagi sanggup berbohong, memfitnah dan menawarkan manifesto bukan kitab suci.

Bukan begitu cara parti UMNO berpolitik. Kemenangan dengan cara begitu tiada rahmatnya.

Kita perlukan keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T apabila kembali mentadbir kelak.

InsyaAllah Yang Maha Esa membantu perjuangan penuh tulus ikhlas.

Rakyat juga semakin matang menilai antara kebenaran dan propanganda.

Sejarah mendewasakan mereka dalam memahami antara realiti dan permainan persepsi.

Dengan itu UMNO akan terus berpegang kepada kebenaran dalam perjuangan politiknya.

#umnobersamarakyat
#demirakyatnegara
#demikebenaran 

-zahid hamidi-

Tanpa mendedahkan siapa pengikut media sosialnya yang memberikan komen itu, Ahmad Zahid berkata, dia tergelak membaca pandangan itu dan faham kata-kata tersebut berbentuk sinis saja.

“Tetapi ini jaminan saya sebagai presiden UMNO: tidak sesekali Umno akan menipu rakyat, apatah lagi sanggup berbohong, memfitnah dan menawarkan manifesto ‘bukan kitab suci’,” katanya.

Hanya Panduan

Untuk rekod sewaktu Pakatan Harapan menjadi kerajaan pusat selepas PRU ke-14 lalu, gabungan itu diasak pembangkang agar mengotakan janji-janji pilihan raya mereka.

Ketika sesetengah janji tersebut dilaksanakan atau dalam proses pelaksanaan, sebahagian lagi berdepan kekangan termasuk dari aspek perundangan.

Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri – sewaktu menjawab desakan tersebut – mendakwa manifesto pilihan raya bukanlah kita suci yang wajib dipatuhi sepenuhnya.

Sebaliknya kata Mahathir ia adalah panduan kepada kerajaan dan kadang-kadang ada antaranya tidak dapat dilaksanakan justeru semua pihak perlu berfikiran praktikal.

Kata Ahmad Zahid dia yakin perjuangan Umno akan dipermudahkan dengan bantuan Tuhan.

“Insya-Allah Yang Maha Esa membantu perjuangan penuh tulus ikhlas. Rakyat juga semakin matang menilai antara kebenaran dan propanganda,” katanya.

sumber: mkini

Check Also

“InsyaAllah Bekalan Di Alam Kubur Daddy & Mommy” – Anaqi Mula Rajin Mengikuti Solat, Amar Baharin Berdoa Semoga Anak Menjadi Insan Soleh

Setiap ibu bapa sudah pasti ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dengan harapan si kecil …

Leave a Reply

Your email address will not be published.