Connect with us

#pop

Petugas Media Tunggu Anwar Ibrahim Depan Istana, Sekali Agong Datang Bagi Suprise

Seperti yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia, Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Tujuan beliau adalah bagi menyerahkan senarai nama majoriti Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu.

Susulan daripada itu, pihak media sudah bersedia dari awal pagi hari ini di hadapan pintu dua Istana Negara bagi membuat liputan berhubung perkara tersebut.

Beri sarapan pagi kepada media

Seperti sebelum ini, baginda sama sekali tidak membiarkan pihak media berlapar di hadapan pintu Istana Negara ketika menantikan sesuatu khabar dari dalam Istana.

Baginda telah mewakilkan Setiausaha Sulit Kanan Baginda, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim untuk memberi sarapan pagi kepada pihak media yang sudah berada di sana.

Hargai tugas media

Menerusi perkongsian di di Instagram rasmi Istana Negara, dapat dilihat mereka semua menerima sarapan pagi dari McDonalds yang diserahkan kepada wakil setiap media yang ada di sana.

Petugas Media Tunggu Anwar Ibrahim Depan Istana, Sekali Agong Datang Bagi Suprise

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memuji tindakan Seri Paduka yang sangat prihatin terhadap petugas media.

Hal ini berikutan keberadaan media di sana adalah bertujuan untuk menyampaikan berita yang sahih dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat.

Sumber: Istana Negara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading

Trending