Connect with us

#news

PKPB: Johor hadkan 12 jemaah tunai solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri

Published

on

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) membenarkan hanya 12 orang menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau yang diberi kebenaran melaksanakannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bermula Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Tosrin Jarvanthi, berkata 12 orang terbabit ialah imam satu, imam dua, bilal, noja dengan lapan ahli jawatankuasa.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka tetap perlu mematuhi garis panduan disediakan JAINJ dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Begitu juga dengan pelaksanaan solat sunat Aidilfitri yang hanya boleh dilaksanakan 12 jemaah sama seperti solat Jumaat.

“Ahli kariah hendaklah menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing yang mana khutbahnya boleh diperoleh daripada laman web JAINJ (http://jainj.johor.gov.my).

“Kaedah menetapkan 12 jemaah bagi solat Jumaat adalah mengikut pendapat sebahagian ulama mazhab as-Syafie yang menyebut bahawa sah Jumaat oleh 12 orang sahaja tanpa perlu diulangi dengan solat zohor,” katanya pada sidang media di Pusat Islam Iskandar, di sini, hari ini.

Tosrin menjelaskan, bagi memastikan hanya 12 jemaah hadir, pihaknya akan meminta pihak keselamatan untuk melakukan pemantauan di masjid dan surau yang dibenar mengadakan solat Jumaat ketika PKPB.

Beliau berkata, ia kerana dikhuatiri jika ada warga asing atau penduduk yang tidak memahami syarat pelaksanaan terbabit.

“Pihak jawatankuasa pada peringkat daerah akan memastikan ada pengawasan rapi.

“Apabila dibenarkan solat sunat Aidilfitri walaupun dihadkan kepada 12 orang, kita bimbang ada penduduk tempatan yang ke masjid. Kita akan memastikan ini tidak berlaku.

“Jika perkara itu berlaku, solat sunat pada hari berkenaan tidak akan dibenarkan di masjid terbabit saja,” katanya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Shares