Connect with us

#news

PM Muhyiddin menang tanpa bertanding Presiden Bersatu.Timbalan dia bukan calang2

Bagi mengekalkan jawatan sebagai Presiden Bersatu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding secara tidak rasmi.

Beliau merupakan calon tunggal bagi jawatan tersebut untuk pemilihan parti pada bulan akan datang.

Timbalan Presiden

Bukan hanya Tan Sri Muhyiddin sahaja, tetapi Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga menang tanpa bertanding (tidak rasmi) untuk jawatan Timbalan Presiden.

Beliau juga merupakan calon tunggal untuk jawatan itu.

Apabila dilihat semakan menerusi laman sesawang rasmi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, ternyata kedua-dua jawatan parti itu (Presiden dan Timbalan Presiden), hanya memiliki seorang calon sahaja.

Namun, pengumuman secara rasmi akan dilakukan selepas mesyuarat Bahagian Bersatu selesai yang dijangka pada Ogos ini, kata Pengerusi JPP Tan Sri Syed Hamid Albar sewaktu dihubungi Bernama.

“Secara rasmi tiada calon lain bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, kerana pencalonan sudah ditutup, namun pengumuman rasmi (keputusan) hanya akan dibuat selepas selesai mesyuarat bahagian,” ujarnya.

Proses cabutan nombor di ibu pejabat parti telah diadakan oleh Jawatankuasa pemilihan untuk calon-calon yang layak bertanding di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Armada dan Srikandi.

Laman sesawang rasmi JPP memiliki senarai nombor calon dan ia boleh diakses semua calon di “pribumibersatu.org.my/sys/index.php/calon_mpt”

Sementara itu, 17 calon tersenarai bertanding untuk jawatan Naib Presiden.

Antara calon-calon adalah Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Terdahulu, bagi jawatan Ketua Armada telah melihat perebutan antara dua calon Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Exco Armada Muzzamil Ismail.

Manakala, bagi jawatan Ketua Srikandi telah melihat persaingan sengit antara empat calon, termasuklah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas Datuk Azlina Mehtab Mohd Ishak, Datin Iza Ismail dan Zuhuraina Makmur. Bagi MPT, seramai 163 orang calon masuk bertanding untuk jawatan tersebut.

22 Ogos merupakan tarikh dimana pemilihan untuk jawatan tertinggi akan berlangsung serentak dengan persidangan semua Bahagian Bersatu diadakan.

15 Ogos pula tarikh dimana persidangan Bahagian Armada diadakan. 16 Ogos, persidangan Bahagian Srikandi.

Kedua-dua persidangan (Armada Srikandi) akan merekrut pimpinan tertinggi sewaktu persidangan bahagian berlangsung.

Pada waktu yang sama, semakan dilakukan dan didapati tiada lagi calon tersenarai bagi jawatan Pengerusi Parti.

Pada 16 Mac 2020 yang lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu.

Hal ini kerana bekas Perdana Menteri itu tidak dicabar untuk jawatan Pengerusi, selepas proses penamaan calon bertanding ditutup untuk pemilihan ahli MPT.

Walau bagaimanapun, 18 Mei lalu, tindakan untuk duduk di blok pembangkang pada sidang Parlimen menyebabkan keahlian Dr Mahathir, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Ahli MPT Dr Maszlee Malik, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah terhenti serta-merta.

Mukhriz dikatakan akan mencabar Tan Sri Muhyiddin untuk jawatan Presiden sewaktu penamaan calon jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi.

Manakala, untuk jawatan Timbalan Presiden, tiga calon akan bertanding antaranya Ahmad Faizal, bekas Setiausaha Agung parti Datuk Marzuki Yahya dan Timbalan Ketua Armada Selangor dan Ketua Armada Ampang, Anas Akashah Nazri.

Dalam waktu yang berlainan, Syed Hamid Albar mengatakan pada hari ini bahawa pihaknya mengambil maklum hasrat calon yang bertanding untuk mereka dikenali umum seperti mencetak nama, pada senarai calon rasmi akan dikeluarkan ke semua bahagian.

“Calon-calon yang berhasrat melakukan perubahan untuk cetakan rasmi nama calon mereka, bolehlah memaklumkan kepada JPP secara bertulis melalui email jpp.bersatu@gmail.com sebelum 25 Julai 2020,” ujarnya.

Sumber: kec0h ape

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya