Connect with us

#celeb

Polis Sedang Mencari Gadis Yang Dikatakan Anak DSV

Ipoh: Polis menyiasat video tular memaparkan seorang remaja perempuan bawah umur memandu kereta yang dipercayai dirakam pada 2018 lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berdurasi 33 saat itu tular selepas dimuat naik di laman Facebook ‘Sayang-Sayang DSV’.

Katanya, setakat ini pihaknya masih belum mengenal pasti model dan nombor pendaftaran kereta yang dipandu remaja berkenaan.

“Kejadian dipercayai berlaku berdekatan rumah berhampiran Meru Hills, Ipoh, dengan remaja itu turut dilihat berbual dengan seseorang dipercayai wanita.

“Siasatan lanjut diteruskan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ipoh melalui laporan yang dibuat pegawai trafik bagi mengenal pasti identiti pelaku dan butiran kenderaan di dalam video itu,” katanya kepada Harian Metro.

Polis Sedang Mencari Gadis Yang Dikatakan Anak DSV

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu membenarkan pemandu bawah umur memandu kenderaan.

Selain itu, katanya, pelakunya juga boleh disiasat mengikut Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu kenderaan tanpa lesen.

Polis Sedang Mencari Gadis Yang Dikatakan Anak DSV

Menerusi penelitian, video remaja itu dirakam wanita dipercayai ibunya yang juga seorang jutawan kosmetik terkenal.

Sumber : HMetro

Continue Reading

Trending