‘Doakan Kesembuhan Ali XPDC’ Kini Diunit Kecemasan Kerana Masalah Lemah Jantung

PERNAH dimasukkan ke hospital pada awal tahun ini, penyanyi kumpulan rock XPDC iaitu Ali sekali lagi mengalami masalah semput sejak empat hari lalu.

Selain serangan asma atau lelah, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail berkata dia juga mengalami masalah lemah jantung.

Ketika berita ini ditulis, Ali yang sedang dirawat di unit kecemasan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berharap keadaannya cepat pulih agar tidak perlu ditahan wad.

“Sejak tiga empat hari ini saya mengalami semput dan lemah jantung. Hari ini (Khamis) keadaan semakin teruk, jadi saya terus pergi hospital.

“Sekarang saya ditempatkan di unit kecemasan dahulu. Harap-harap saya tak perlu ditahan wad. Awal tahun ini, saya dimasukkan ke wad sebab semput.

“Selepas itu keadaan saya dah baik. Tapi sejak kebelakangan ini, semput datang balik dan sekarang berdepan masalah jantung pula,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sejujurnya, saya terpaksa memohon bantuan sebab sangat memerlukan.
ALI XPDC
PENYANYI

Ali mengalami masalah pernafasan selepas dia terlibat dalam insiden disambar api pada 26 Mac tahun lalu.

Akibat daripada kemalangan tersebut, penyanyi lagu Aku Dan Sesuatu itu mengalami kecederaan yang sangat serius apabila muka dan tangannya melecur 30 peratus.

Dalam pada itu, Ali turut mengakui dia terpaksa memohon bantuan untuk membeli barangan keperluan menerusi laman sosial.

Keadaan Ali selepas disambar api pada Mac lalu.

Penyanyi berusia 53 tahun ini turut bersyukur kerana ramai orang dan rakan-rakan yang sudi menghulurkan bantuan selepas melihat video perkongsiannya di laman sosial.

“Sejujurnya saya terpaksa memohon bantuan sebab sangat memerlukan. Sebab sudah lama tak ada income. Sebab itu, saya ada muat naik video memohon bantuan.

“Alhamdulillah… ada yang sudi memberi sumbangan dan rakan-rakan juga ada yang membantu. Kalau ada yang faham, mereka sudi bantu.

“Kita usaha… kalau ada yang sudi beri bantuan, Alhamdulillah,” ujarnya.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

Sumber: mStar newzcare ohbulan waaw

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.