Rezeki Rizqaa menjadi anak kepada pereka fesyen terkenal Malaysia! Siapa sangka bahawa si comel yang dilahirkan pada 2 September tahun lalu kini telah menjadi model cilik rekaan daddynya sehingga penampilan comel Rizqaa (bemaksud rezeki dan kurniaan ALLAH SWT)) selalu menjadi tumpuan orang ramai.
Walaupun anak pereka fesyen Rizman Nordin dan Nurida Suraya Mohd Suhaimi itu baru mencecah usia 9 bulan, Tetapi keletahnya selalu mencuit hati kerana pandai bergaya dan memberi pose yang sangat comel depan kamera.
Anak pereka fesyen Rizman Nordin dan Nurida Suraya Mohd Suhaimi kini berusia 9 bulan. Tetapi rasa penatnya selalu menyentuh hatinya kerana dia pandai menggayakan dan berpose comel di depan kamera.
View this post on Instagram
Di instagram @rizqaarizman, daddy dan mommynya sentiasa berkongsi perkembangan buah hati pertama mereka menggayakan pelbagai rekaan fesyen yang sesuai sangat dengan si kecil ini.
View this post on Instagram
Bukan itu saja, cinta hati kedua daddy Rizman ini juga tak lepas dengan handbag sama ada ketika mengayakan pakaian kasual atau berbaju kurung.
Laman sosial menggunakan nama @rizqaarizman itu umpama album peribadi memaparkan setiap gerak-geri dan keletah peribadi, Rizqaa.
Beruntung Rizqaa daddy pandai buat baju
Majoriti pengikut IG @rizqaarizman menyifatkan betapa istimewa dan beruntungnya si comel Rizqaa berpeluang menggayakan dalam persalinan rekaan daddynya sendiri., Rizman Ruzaini.
“Kemain anak dara daddy”
“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan Insya-Allah yang akan menghuni syurga Allah yang abadi,” ujarnya.
Sebelum ini, Rizman dan Nurida disatukan sebagai suami isteri pada 13 September tahun 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.
Pasangan ini mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.
Kredit: rizqaarizman