Wargamya Buat Andaian Siti Nordiana Bakal Berkahwin Dengan Shuib. Tak Sangka Sebab Rakaman Ini Mereka Dipadankan.

NAMA Shuib nampaknya akan selalu menjadi bahan bualan wargamya , lebih-lebih lagi selepas beliau secara terbuka menyatakan hasrat untuk mencari pasangan hidup bagi menggantikan arwah isterinya, Siti Sarah.

Tolak tepi seketika tentang ciri-ciri atau apa jua syarat yang ditetapkan keluarga Shuib, entah kenapa, tiba-tiba nama penyanyi Siti Nordiana atau Nana pula menjadi sebutan, siap dikatakan sesuai untuk menjadi isteri kepada Shuib.

Semuanya kerana rakaman sebuah video seorang pereka fesyen yang menunjukkan Nana hadir untuk menempah busana dengannya dan sempat bergurau, adakah busana tersebut untuk berkahwin.

Melihat sahaja video itu di TikTok, wargamya terus membuat spekulasi masing-masing.

“Dengan Shuib ke?” soal seorang netizen.

“Macam sesuai dengan Shuib,” komen seorang pengguna TikTok yang memberi bayangan seperti bersetuju dengan padanan tersebut.

VIDEO INI YANG DIAMBIL DARI TIKTOK 

Lain macam betul, wargamya pula sibuk memikirkan wanita mana yang sesuai untuk bapa tunggal kepada 4 orang anak itu. Tidak kisahlah siapa pun, janji Shuib bahagia.

Dituduh, dikecam terlalu awal cari jodoh, Shuib tidak kisah

Wargamya Buat Andaian Siti Nordiana Bakal Berkahwin Dengan Shuib. Tak Sangka Sebab Rakaman Ini Mereka Dipadankan.

Genap lima bulan pemergian arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin, Shuib menjadi sasaran kecaman netizen hanya kerana soal jodoh yang disifatkan masih terlalu awal untuk dibicarakan.

Shuib yang juga seorang usahawan dan pelawak bagaimanapun tidak kisah dengan pandangan netizen kerana sudah lali dengan situasi berkenaan.

“Bab kena kecam ini saya tidak kisah orang mahu cakap apa. Sebab yang rasa itu saya, selagi saya tidak kacau dan kata orang okeylah. Saya tidak boleh tutup mulut orang,” tutur Shuib.

Ditebak tentang tempoh lima bulan yang dikatakan masih terlalu awal untuk membicarakan soal jodoh, jelas Shuib dia tidak perlu mengambil kira pandangan orang lain selain ibu dan keluarganya sahaja.

“Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria- ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh.

“Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung? Jadi, saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak pendapat orang.

Wargamya Buat Andaian Siti Nordiana Bakal Berkahwin Dengan Shuib. Tak Sangka Sebab Rakaman Ini Mereka Dipadankan.

“Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya yang ada dengan saya bukan netizen, tetapi keluarga saya. Jika ssya menangis dan tertonggeng di rumah tidak ada netizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak.

“Oleh sebab itu, saya hanya mahu fokus pada kehidupan saya sahaja,” kata Shuib yang ditemui pada majlis pelancaran kempen Loveta X Anzalna disini sebentar tadi.

RAMAI YANG HANTAR MESSAGE KEPADA SHUIB

Wargamya Buat Andaian Siti Nordiana Bakal Berkahwin Dengan Shuib. Tak Sangka Sebab Rakaman Ini Mereka Dipadankan.

Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi ramai wanita yang menghantar mesej untuk berkenalan menerusi laman sosial, dia bagaimanapun mengambil langkah untuk tidak mengambil serius perkara tersebut.

“Ibu setiap hari tanya, ada ke kawan yang boleh saya bawa berjumpa dengannya. Ramailah wanita yang menghantar mesej menerusi laman sosial bertanya khabar, tetapi saya takut.

“Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” tutur Shuib.

Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Sumber – K! 0NL1NE via aw4tsyeikh

Check Also

Terbaring Akibat Serangan J4ntung, Pian Cecupak Meninggal Dunia. Ini Lokasi Dia Ditemui. Al Fatihah

PELAWAK terkenal Pian Cecupak meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira jam 8 malam Rabu …

Leave a Reply

Your email address will not be published.