Connect with us

#viral

Punyalah jujur budak ni jawab, Sekali Faradyable alih suara terus tak boleh berhenti gelak

Published

on

Ramai sedia maklum rabu ini sesi persekolahan akan bermula terutamanya bagi pelajar yang menduduki peperiksaan awam seperti SPM dan STPM. Ini berikutan pandemik yang melanda memaksa pelajar-pelajar kita duduk dirumah lebih dari 3 bulan. Kebanyakkan pelajar dan guru tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan.

Para wartawan juga tidak terlepas dari mengambil peluang menemu-ramah beberapa sekolah, guru dan pelajar untuk mendapatkan reaksi dan respond mereka tentang perkara ini. Apa yang menarik kali ini, satu video temu-ramah bersama seorang pelajar telah menjadi viral. Mana tidaknya, jawapan untuk setiap persoalan dijawab dengan bersahaja dan sangat jujur.

Video original:

Lebih menghiburkan apabila Faradyable, seorang artis pakar alih suara memilih video tersebut untuk digunakan sebagai bahan video beliau. Menerusi akaun instagram Faradyble, video yang telah di alih suara itu mendapat perhatian dan gelak tawa dari netizen. Ramai yang terhibur dengan dialog-dialog yang diubah kerana semuanya masuk dengan suasana dalam video tersebut.

Ada juga yang menyatakan, jika diberi video pada Faradyable pasti beliau akan menguasai dunia. Paling tidak pun mampu untuk membuatkan semua orang tak berhenti gelak.

Scene dimana semua pelajar mengeja dan disahut “pandai” oleh cikgu mereka boleh membuat ramai senak perut. Tak kurang jugak part pelajar mengeja perkataan “Tahi”.

Apapun selamat menduduki peperiksaan diucapkan pada pelajar kita. Biar banyak dugaan yang ditempuh jangan pernah putus asa dan terus berusaha untuk masa depan yang cerah. Semoga video Faradyable dibawah mampu membangkitkan semangat pelajar kita. Peace.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending