“Punyalah Minat” – ‘Pak Guard’ Sanggup Menyamar Jadi Tentera ATM Demi Pikat Janda Dalam Kem

Hanya kerana mahu memikat seorang anggota tentera wanita berstatus janda, seorang pengawal keselamatan ditahan kerana menyamar menjadi anggota pasukan berkenaan.

Memetik laporan berita tempatan Kosmo, seorang lelaki berusia 27 tahun yang masih lagi bujang, telah menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah di Kem Tampin.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab mendedahkan, pihaknya berjaya merampas pakaian seragam tentera, pistol ‘airsoft’ dan beg berlogo pasukan keselamatan berserta gari.

Tambahnya lagi, suspek menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Kumpulan Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Akhirnya tewas, mahu buktikan berpangkat tinggi dalam ATM

Namun begitu, pengorbanan yang dilakukan ‘pak guard’ tersebut akhirnya kecundang apabila dia berjaya ditahan pihak polis.

Perbuatan suspek dikesan selepas dia memasuki kawasan kem atas urusan bertemu dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah, namun gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian.

Menurut Anuwal, suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Rumah Rakyat Sungai Layang, di sini semalam.

Suspek yang juga merupakan pengawal keselamatan di Pedas telah berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat di kem tersebut pada tahun 2018.

Suspek dikatakan menyamar kerana mahu membuktikan kepada wanita terbabit bahawa dirinya merupakan seorang anggota tentera berpangkat tinggi .

Pakaian seragam, senjata ‘airsoft’ & gari antara dirampas

Pihak polis turut merampas pakaian seragam tentera, senjata ‘airsoft’ dan beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan berserta gari.

Suspek juga telah membeli pakaian seragam daripada seorang anggota tentera yang melarikan diri daripada tugas.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 170 kerana menyamar sebagai penjawat awam dan kesalahan dilakukan pada 8 Disember 2018.

Check Also

Achey Mohon D0a Orang Ramai, Ini Keadaan Terkini Isteri Achey SeIepas Buat Pembed4han Hari Ini

Bintang Muzikal Lawak Superstar 3, Achey memaklumkan isterinya Nor Hasanah Yahaya selamat menjalani pembedahan untuk …

Leave a Reply

Your email address will not be published.