Connect with us

#celeb

Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi Diroboh, Ini Luahan Hati Datuk Aaron Aziz

Rasanya masih ramai tidak tahu tentang Datuk Aaron Aziz memiliki sebuah pusat tahfiz bertempat di Pulau Langkawi. Namun baru-baru ini, Aaron kongsikan gambar menerusi laman sosial Instagram menunjukkan sebuah bangunan yang telah pecah dindingnya.

Aaron berasa kecewa melihat pusat tahfiz miliknya dirobohkan. Beliau tidak mengulas lanjut berkenaan punca dirobohkan kerana ia berada di luar kawalannya.

Sayu melihat kejadian tersebut, Aaron berdoa supaya segala urusan yang berlaku di sana dipermudahkan dan penginapan asrama untuk anak-anak tahfiz harus dibina semula.

“Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan….Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah (pls Jangan tanya kenapa. Anggap benda yg tak dapat kami kawal. Beyond my control)”-Tulis Aaron di Instagram milik beliau

Pada bahagian komen, kebanyakan rakan selebriti dan peminat menanyakan tentang perkara itu dan ramai berkesempatan mensisipkan doa agar semuanya dalam keadaan baik dan terurus terutamanya untuk anak-anak tahfiz.

Bukan hanya doa menghujani ruangan komen, peminat juga turut melemparkan kata-kata semangat kepada Aaron Aziz agar kekal kuat menghadap ujian yakni jalan kebaikan memang tidak dinafikan banyak halangannya.

Aaron Aziz Larang Anak-anak Tunjuk Harta

Tidak melepaskan peluang, Aaron Aziz juga tidak ketinggalan memberi kebenaran anak-anak untuk mencipta akaun media sosial. Namun, Aaron tegas pantau perbuatan anak-anak dan tidak dibenarkan untuk menayang harta di media sosial.

“Kita pantau dari awal penggunaan laman sosial, apa yang mereka cari di internet. Untuk keselamatan saya minta mereka tidak sertakan lokasi dan jangan tunjuk harta. Laman sosial hanya sekadar suka-suka sahaja”

“Saya benarkan mereka buka pada umur yang sesuai dan tahu mereka mampu mengawal laman sosial itu dengan baik. Pada saya laman sosial ini mengajar mereka tentang kehidupan iaitu tidak semua orang suka apa kita buat,” katanya.

Aaron juga jelaskan bahawa beliau tidak kisah anak-anaknya menggunakan media sosial, tetapi perkara penting harus didahulukan. Untuk menghalang generasi Millenium dari menggunakan platform media sosial amat sukar, kerana terdapat berbagai jenis aplikasi yang menarik pada masa kini.

Jelas tindakan Aaron sedemikian tepat agar keselamatan mereka terjamin. Walau apapun, ibubapa harus menggalas tanggungjawab paling penting berkenaan hal ini.

Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi Diroboh, Ini Luahan Hati Datuk Aaron Aziz

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya