‘Akhirnya, Cikgu Comel Sorang Nie Dah ‘Reveal’ La Bf Dia’ – Puteri Aishah Kongsi Wajah Bakal Suami, Memang Sepadan

” Akhirnya.. Cikgu paling comel dah reveal la bf dia,. Tahniah sis..”

Itulah antara segelintir komen wargamya setelah pelakon cantik jelita Puteri Aishah tampil mendedahkan wajah bakal suaminya di Instagram miliknya.

Perkongsian Puteri Aishah tersebut genap selepas 4 hari beliau mengumumkan akan berkahwin dengan ahli perniagaan berusia 28 tahun itu pada bulan ini.

Meskipun belum bersedia berkongsikan tarikh hari bersejarah mahu pun identiti jejaka yang berjaya mencuri hatinya, pendedahan foto bersama insan tercinta menjadi petanda yang majlis akad nikah mereka semakin hampir.

Jika sebelum ini bintang filem pulang berkenaan hanya berkongsi foto si dia dari belakang, semalam melalui Instagramnya, wajah sebenar jejaka itu pula ditunjukkan.

Berbaju kemeja T Rona sama dengan buah hati, kemesraan dalam 3 keping foto pre wedding dengan suasana santai sudah mampu menggambarkan kebahagiaan dan kegembiraan mereka.

Baru baru ini, pemilik nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman itu kelihatan ditemani kekasihnya ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2021 di pusat beli belah Pavilion.

Walaupun Puteri Aishah turut berkongsi detik detik pada acara berkenaan di laman sosialnya, namun ketika itu bakal suaminya mengenakan pelitup muka sehinggakan ramai tidak menyedari bahawa lelaki tersebut merupakan insan istimewa di hatinya.

Sebelum ini, aktres Pulang itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga, berkahwin dengan ahli perniagaan berusia 28 tahun pada bulan ini, setelah 2 tahun menjalinkan hubungan cinta.

Finalis pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 itu memaklumkan persiapan perkahwinan sudah hampir siap.

” Setakat ini, sudah lebih 80 peratus persiapan kahwin sudah siap. Insya-Allah, majlis akad nikah akan berlangsung pada sebelah siang, manakala majlis resepsi pada malam.

” Saya sebolehnya mahu mengelak hari bahagia diadakan secara virtual. Namun, mujurlah banyak sektor sudah diberi kelonggaran oleh kerajaan.

” Namun, masih ada keterbatasan yang harus dipatuhi dalam norma baharu ini. Majlis kami akan berlangsung secara sederhana sahaja dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

” Lucunya, ada yang menyangkakan saya sedang menjalani penggambaran drama. Ada pula meneka bakal suami saya seorang pelakon, tetapi tidak pun,” katanya.

Pasangan pengantin berkenaan mahu melangsungkan perkahwinan mereka disaksikan oleh keluarga kedua dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Rakan artis dan peminat ‘excited’

Sementara itu, menerusi ruangan komen perkongsian gambar Puteri Aishah dan bakal suaminya itu, rata-rata berasa teruja menantikan hari mereka dinikahkan.

Malah ramai juga memuji pasangan itu yang sama cantik sama padan.

” Ya Allah Kau Rahmahti anak yg sgt baik ini…Kau lindungila dia ya Allah…Kau sayangilah dia.. Permudahkan segala urusan dunia akhirat buat Puteri dan keluarga nya ya Allah.. Putttttt Kakak rindu awak” tulis pelakon Liza Abdullah.

” Alolololo love both of you! Semoga dipermudahkan..” tulis pelakon Mimi Lana

” Siapa tu puteri? Boyfriend ke? Cutenya korang.. secocok sama padan… tahniah semoga cepat ke jinjang pelamin” tulis seorang peminat Puteri Aishah.

Fakta menarik Puteri Aishah

Puteri Aishah dilahirkan pada 6 Jun 1994 di Port Dickson, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur.

Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik, mempunyai diploma dalam jurusan Pengajian Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2013/2014 yang turut disertai oleh Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Deeba Halil, Natrah Khalid, Mimi Lana, Fify Azmi dan Syamim Farid.

Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama TV termasuk Akulah Balqis (2015), Kahwin Muda (2016), Cinta Roller Coaster (2016), Raisha (2017) dan Selafaz Cinta (2018).

Pada usia 20 tahun, Puteri Aishah memulakan kerjaya awalnya sebagai guru pelatih di sebuah sekolah rendah dan gambar beliau pernah menjadi tular di media sosial pada tahun 2014, ketika itu, beliau dikenali sebagai Cikgu Aishah.

Sehingga kini beliau dikenali sebagai cikgu yang paling comel di Malaysia.

Sumber:k0smo dan IG PuteriAishah

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.