Kisah Cinta Puteri Bill Gates Yang Bernikah Secara Islam Dengan Jejaka Mesir. Pekerjaan Suaminya Pun Boleh Tahan Jugak

JENNIFER GATES, puteri kepada pengasas Microsoft, Bill Gates, akhirnya menikah dengan kekasihnya, Nayel Nassar. Majlis resepsi diadakan pada hari Sabtu lalu di rumahnya, di Westchester, New York, Amerika Syarikat. Menurut laporan Daily Mail, perkahwinan itu berlangsung dalam upacara Islam.

Suami atlet berkuda dari Mesir

Faktor utama mengapa perkahwinan anak perempuan salah seorang lelaki terkaya di dunia diadakan dalam upacara Islam, adalah kerana keimanan yang dipegang oleh Nassar, seorang atlet berkuda dari Mesir. Tambah laporan Daily Mail itu lagi, majlis perkahwinan berlangsung pada hari Jumaat malam di taman keluarga seluas 142 hektar di North Salem, New York.

Walaupun harga majlis mencecah USD 2 juta atau sekitar RM8 juta, resepsi perkahwinan tidaklah diadakan secara besar-besaran. Dimaklumkan hanya sekitar 300 orang tetamu yang dijemput. Tetamu yang hadir kebanyakannya terdiri daripada rakan dan keluarga, dengan beberapa selebriti atau ahli politik dijemput.

Georgina Bloomberg, anak perempuan jutawan Michael Bloomberg dan rakan berkuda profesional yang memiliki ladang kuda berdekatan, adalah antara yang dijemput. Majlis resepsi perkahwinan ini juga merupakan penampilan bersama pertama untuk Bill dan Melinda Gates, yang bercerai pada Ogos lalu setelah 27 tahun berkahwin.

Bill dan Melinda berjalan bersama anak mereka, Jennifer semasa majlis akad nikah berlangsung. Kaunter penerimaan tetamu bermula sejurus selepas jam 4 petang. Bill dilihat memakai sut gelap, sementara Melinda mengenakan gaun ungu yang mengalir.

Orang ramai bersorak tidak lama selepas pasangan itu akhirnya disahkan sebagai suami isteri. Seterusnya, Bill dan anak perempuannya menari sambil diiring dengan lagu Elton John, “Can You Feel The Love Tonight”. Selepas majlis resepsi, pasangan itu mengadakan beberapa sesi foto perkahwinan peribadi di kawasan perumahan mereka.

Jennifer, yang berusia 25 tahun, muncul dengan gaun pengantin putih yang direka oleh Vera Wang. Nayel Nassar kini berumur 30 tahun. Dia adalah seorang penunggang kuda yang bertanding dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020. Dia dilahirkan di Chicago pada Januari 1991, kemudian dibesarkan di Kuwait. Ibu bapanya mempunyai perniagaan seni bina dan reka bentuk dalaman di Kuwait.

Semasa zaman sekolahnya, Nayel belajar di Sekolah Kuwait. Dia kembali ke Amerika Syarikat pada tahun 2009 untuk menyambung pelajaran di Universiti Stanford dan di sana dia bertemu dengan Jennifer. Mereka telah bersama sejak 2017, kemudian bertunang pada Januari 2020.

SUMBER: https://akupapankekunci.com/

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.