Terkesan Dengan Kekalahan Teruk PH Di PRN Melaka, Rafizi Tampil Bagi ‘Tips’ Menang PRU15

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) harus mengambil iktibar daripada kekalahan gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Dalam perkongsian Twitter, Rafizi menggesa penyokong PKR dan PH yang masih mengharapkan pentadbiran yang cekap dan amanah tidak berasa terlalu kecewa dengan kekalahan gabungan itu.

“Jangan terlalu sedih dan putus harapan, ada pengajaran baik di sebalik keputusan PRN Melaka.

“Kalau pimpinan PKR dan PH belajar daripada keputusan ini, tolak ego, insya-Allah PRU15 lebih baik,” katanya.

Rafizi sebelum ini memberi amaran kepada PH supaya tidak menerima “katak politik” yang berpaling tadah daripada Umno dan Bersatu untuk bertanding PRN Melaka.

Rafizi, yang sedang bercuti daripada tugasnya sebagai naib presiden PKR, turut menolak cadangan supaya dia kembali aktif dalam parti.

“Susah nak betulkan sebab pimpinan yang ada takkan terima pandangan saya.

“Sebab itu lebih baik melahirkan pendapat di luar.

“Berharap saya berusaha sampai mati untuk mereka menang dan dapat jawatan sedangkan mereka tidak berniat menerima pandangan saya; itu tidak adil kepada saya,” kata bekas ahli parlimen Pandan itu, sebagai respons ciapan pengguna Twitter lain.

BN menang besar di Melaka selepas memenangi 21 kerusi dan membentuk kerajaan baru dengan dua pertiga majoriti.

PKR kalah di semua kerusi yang ditandingi, sementara Amanah hanya menang satu kerusi. Manakala DAP hanya menang empat kerusi berbanding lapan yang disandang sebelum ini.

PN pula hanya menang di dua kerusi.

PH kalah teruk di PRN Melaka, sekali Rafizi bagi ‘tips’ untuk menang PRU15

ULASAN | Kekalahan PH referendum pada kepimpinan Anwar

ULASAN | Kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Melaka, termasuk kekalahan besar PKR merupakan referendum jelas terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim.

Anwar berkali-kali memperlihatkan bahawa dia sanggup membuat keputusan yang akhirnya dipersoalkan dalam usahanya memperolehi “majoriti yang kukuh dan meyakinkan”.

Lebih buruk, dia mewajarkan tindakan mengambil ahli-ahli politik yang melompat parti dengan alasan untuk mengembalikan mandat rakyat.

Sekiranya Anwar tidak mahu mendengar kritikan dalam parti dan gabungannya sendiri, maka dia mesti mendengar suara pengundi.

PKR tewas di kesemua 11 kerusi yang ditandinginya, termasuk tiga kerusi yang dimenangi pada 2018 iaitu Machap Jaya, Kelebang dan Rembia.

Di Asahan, di mana Anwar meletakkan Idris Haron sebagai calon, PKR tewas kepada calon BN dengan majoriti 2,993 undi.

Idris mendalangi usaha mengambil alih kuasa sehingga mencetuskan pilihan raya mengejut. Langkah itu dibincangkan oleh Idris bersama PH sebelumnya.

DAP serta pemimpin lain dalam PKR dan PH menyuarakan bantahan keras terhadap PKR yang mencalonkan Idris (serta Amanah meletakkan Nor Azman Hassan, yang juga tewas), namun ia seperti tidak diendahkan.

Pengundi tolak hujah Anwar

Selaku pemimpin utama PKR dan PH, Anwar bertegas menerima wakil rakyat yang melompat dengan mengatakan mereka mengambil pendirian yang berprinsip.

Sebaliknya, Anwar mewajarkan tindakan itu dengan cuba menggambarkan Idris sebagai wira yang mahu mengembalikan kuasa PH di Melaka.

Jelas daripada keputusan PRN Melaka semalam, pengundi tidak menerima hujah tersebut.

Boleh dikatakan PKR dan PH bersaing secara sengit di banyak kerusi dan tewas dengan majoriti tipis.

Bagaimanapun, jurang kecil itu tidak dapat diatasi kerana sebahagian pengundi tidak keluar langsung untuk mengundi.

Peratusan keluar mengundi adalah 65.85 peratus, lebih rendah berbanding pilihan raya negeri Sabah tahun lepas.

Sama ada kebimbangan terhadap pandemik Covid-19, letik berpolitik, atau rasa tidak puas hati terhadap PH, jelas sekali tindakan yang menyebabkan pilihan raya mengejut itu memberi kesan buruk kepada Anwar dan PH.

Dan sebagai pemimpin utama, Anwar mesti bertanggungjawab atas kekalahan gabungan itu dalam pilihan raya negeri tersebut.

Sama ada dia perlu berundur atau memperkemaskan diri, sesuatu mesti dilakukan jika Anwar dan PH mahukan peluang sebenar dalam PRU ke-15.

ZIKRI KAMARULZAMAN adalah wartawan Malaysiakini.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.