Connect with us

#news

Rakyät perlu sediä kemungkinän ÞKÞ dilaksanä semulä

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa semula, sekiranya penularan jangkitan COVID-19 yang sebelum ini telah mencatatkan penyusutan kembali meningkat.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menitipkan pesanan bahawa apa yang berlaku ketika situasi sekarang mungkin berbeza dengan persekitaran semalam.

Sehubungan itu, katanya, setiap keputusan kerajaan sebenarnya bergantung kepada situasi semasa dan data mengenai kadar penularan COVID-19 yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita lihat banyak negara di dunia seperti Jerman, Korea Selatan, China dan sebagainya membuka negara mereka (daripada perintah berkurung atau kawalan pergerakan), tetapi apabila situasi berubah, akhirnya mereka perlu tutup semula.

“Kita baca berita semalam bahawa Arab Saudi yang sebelum ini tiada penutupan sepenuhnya di negara terbabit, kini mengenakan perintah berkurung selama 24 jam berkuat kuasa untuk lima hari, iaitu dari 23 Mei hingga 27 Mei.

“Oleh itu, lima hari termasuk ketika Aidilfitri, negara mereka ditutup atau dikenakan perintah berkurung, tetapi kita bernasib baik apabila kerajaan memberikan sedikit kelonggaran.

“Bagaimanapun, setiap kebebasan perlu dihargai dengan penuh tanggungjawab , iaitu menjaga kepentingan diri dan masyarakat, termasuk keselamatan keluarga sendiri,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini.

Rakyat perlu sedia kemungkinan PKP dilaksana semula

Kementerian Kesihatan yakin rakyat Malaysia boleh mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata negara ini boleh mengurangkan jangkitan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu dan berusaha bersama mengekang penularan pandemik itu.

“Saya dimaklumkan oleh IGP (Ketua Polis Negara) bahawa kepatuhan kita terhadap PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) hampir 90 peratus. Jadi, kita kena fokus baki 10 peratus.

“Selain itu, jika industri atau pasaraya mematuhi SOP yang Kementerian Kesihatan berikan, saya yakin kita mampu mengurangkan lebih banyak kes. Tetapi, kita kena lakukan sejarah jika kita mahu berjaya mengekang rantaian jangkitan COVID-19 di negara ini.

“Kita kenalah bersatu padu sebagai satu. Jika kita semua berusaha bersama, saya yakin kita boleh lakukannya. Malaysia boleh,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya