Umum mengetahui sebelum ini penyanyi Elyana mengesahkan menghidap kanser limfoma. Bulan lalu, Elyana

memaklumkan kanser yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu hampir memasuki tahap lima.

Malah, Elyana berkata doktor memaklumkan sel kanser berkurangan namun kini ia turut menyerang dan merebak ke

beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Hanya kerana tidak pernah berkongsikan kesakitan dialaminya di media sosial, Elyana berkata ada yang tidak percaya dengan sakit yang dialaminya, malah ada yang tergamak menuduhnya menipu.

“Terus terang saya katakan, depan kamera saya akan kelihatan sebegini. Saya akan nampak ok, saya tak akan tunjuk

yang saya sakit sekalipun, sampai bila bila. Saya minta maaf. Saya tahu ramai juga yang macam tak percaya saya sakit,

ataupun saya tipu saya sakit.

“Sakit ni bukan main main. Ada sesetengah orang, selagi mereka tak nampak depan mata, selagi itu mereka takkan

percaya,” katanya.

Menerusi satu temubual bersama MHI (Malaysia Hari Ini), Elyana berkata dia tidak akan sesekali menunjukkan

kesakitannya kerana dikenali sebagai seorang penghibur bukan mahu meminta simpati.

“Tapi saya minta maaf awal-awal , saya takkan tunjuk sakit depan kamera. Saya seorang penghibur, saya nak

menghiburkan orang, saya bukan nak orang simpati pada saya.

“Saya cuma nak doa orang-orang luar sana untuk saya. Saya nak mereka ingat nama saya dalam doa mereka,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi temubual tersebut Elyana tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat menggambarkan

kesakitan yang dialaminya dan mengakui dia sudah berada di tahap kritikal.

“Tapi, di belakang kamera , saya sebenarnya sakit, saya struggle sangat!. Macam pesakit kanser lain juga, saya sakit

sepanjang masa. Tahap saya bukan tahap yang rendah lagi.

“Saya dah tahap yang kritikal. Saya kena teruskan hidup dengan kehidupan yang positif. Saya taknak fikir yang saya

sakit, ia akan menyakitkan saya lagi. Saya akan buat macam biasa, positifkan diri. Kalau perlu buat kimo lagi, saya akan buat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: sumber

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."