SELEPAS membawa pulang beberapa trofi dalam Anugerah Juara Lagu, nama penyanyi Aina Abdul dilihat semakin kukuh dalam industri muzik tanah air.
Namun di sebalik kejayaan itu, timbul pula cakap-cakap mendakwa kononnya Aina kini mula demand mengenai soal bayaran termasuklah harga tiket konsertnya yang akan berlangsung bulan depan.
Menjawab mengenai perkara itu, Aina berkata dia meletakkan harga itu bukanlah disebabkan populariti yang diraih.
View this post on Instagram
Sebaliknya memikirkan tentang nasib staf dan kru yang berkerja di bawah Aina Abdul Entertainment.
“Bukan sebab saya dah lama dalam industri saya letak harga yang tinggi. Saya masih sama.
View this post on Instagram
“Cuma bezanya sekarang ni saya ada ramai staf untuk bekerjasama dan bekerja. Mereka memerlukan du1t. Itulah kenyatannya.
“Bukan la up tapi kita kena berpijak di bumi yang nyata. Bila kita letak harga sedemikian kita kena beri lebih dalam semua aspek,” katanya kepada mStar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily
sumber: mStar