Connect with us

#news

Ramai minta buat comeback, sekali Jamal muncul cakap kes dia sama dgn Asri Janggut

Jamal Md Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berharap agar pihak polis dan peguam negara dapat menkaji semua secara teliti keseluruh tuduhan terhadapnya berkenaan pendedahan kegiatan perjudian haram di Ampang, Selangor pada tahun 2016.

Dia dipercayai mempunyai nasib yang sama seperti Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut.

Jamal mengatakan pemberi maklumat harus dilindungi, bukan dijadikan mangsa sasaran.

Asri Janggut merupakan pengasas gerai Hot Burger yang baru-baru ini menjadi tular apabila video secara langsung dirakam di laman sosial Facebook menunjukkan kegiatan perjudian haram di sekitar Sungai Buloh.

Video yang tular itu menarik perhatian ramai orang termasuklah menteri dalam negeri dan ketua polis negara.

“Saya nak maklumkan, apa yang berlaku kepada Asri Janggut dengan apa yang berlaku kepada saya tahun 2016 tidak jauh bezanya.

“Saya adalah orang yang memberikan maklumat kepada pihak polis tetapi akhirnya saya didakwa, dituduh,” kata Jamal kepada pemberita selepas membuat laporan polis di balai polis ibu pejabat daerah Ampang Jaya hari ini.

Menurut laporan polis tersebut, ia turut mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara untuk memeriksa semula secara teliti pendedahannya itu.

Untuk makluman, pada Mac 2019, Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur lepaskan tanpa bebaskan Jamal dari segala tuduhan berkenaan menceroboh sebuah premis perjudian haram di Taman Kosas, Kuala Lumpur pada tahun 2016.

Jamal Md Yunos didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tambahan, laporan polis dibuat oleh Jamal bertujuan menegakkan keadilan dan imej dirinya kembali bersih bersama rakan yang sama terlibat dalam memberi maklumat mengenai aktiviti kegiatan perjudian haram tersebut.

“Saya ni orang yang memberikan maklumat. Tapi saya yang pula dizalimi.

“Jadi hari ni saya buat laporan dan sidang media untuk tuntut keadilan bagi pihak saya bersama dengan sembilan rakan-rakan atau anak buah saya yang lain.

“Cukuplah kami dah kena lokap, dibicarakan, bayar jaminan melibatkan puluhan ribu ringgit.

“Jadi saya berharap pihak kerajaan, pihak peguam negara tarik balik pertuduhan yang saya dedahkan,” katanya.

Jamal ditemani oleh peguamnya, Imran Tamrin sewaktu membuat laporan di IPD Ampang Jaya selama satu jam.

Jamal Yunos puji keberanian Asri Janggut

Datuk Seri Jamal Md Yunos memberi pujian terhadap tindakan ’wira‘ yang dilakukan oleh Asri Janggut dalam memberi maklumat tentang perjudian haram dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.

Jamal mengatakan yang rakyat juga memuji dan melemparkan komen yang berbaur positif terhadap tindakan Asri Janggut.

“Keberanian Mohd Asri wajar disanjung kerana pendedahan itu boleh mengundang bahaya kepada diri dan keluarganya,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Jamal menambah, selain Asri, terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain turut pernah mendedahkan isu perjudian haram.

“Mereka pernah membuat laporan dan memberi maklumat kepada pihak polis serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai aktiviti perjudian.

“Namun, kita tidak pasti laporan itu sudah diambil tindakan atau sebaliknya,” katanya

Jamal Md Yunos tidak melepaskan kesempatan dalam memuji tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam menguruskan dan menangani kes yang dibangkitkan oleh Asri Janggut.

“Premis judi haram di negara ini seharusnya dihapuskan dan tangkap tauke yang menjalankan aktiviti perjudian itu,” katanya.

“Mal bila nak buat comeback mal? Jamal Md Yunos Dulu orang gelak – gelakkan kau mal, sekarang baru semua orang nampak apa jasa kau mal”-tulis netizen di media sosial berkenaan isu ini.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya