
Aksi juri tetap, Mas Idayu yang seolah-olah merajuk dan membisu seketika tetapi kemudian berubah pendirian semasa konsert minggu separuh akhir Famili Duo disifatkan drama memualkan dalam netizen.
Keengganan Mas Idayu memberi komen terhadap peserta pertama, Siti Sisters yang membuat persembahan turut diakui rakan juri, Ajai.
Ajai memaklumkan, Mas Idayu memilih berdiam diri kerana enggan segala komennya disalah anggap. Tinjauan Kosmo! Online dalam gelanggang Twitter, mendapati rata-rata netizen tidak puas hati dengan sikap tiada berpendirian penyanyi senior itu, selain melabelkan aksi tersebut sebagai terlampau beria-ria.
“Dramalah Mas Idayu ini. Beria sangat.
“Kalau tidak mahu beri komen apa-apa, baik tidak perlu datang dan gantikan tempat tersebut dengan juri jemputan professional yang berpendidikan.
“Tidak perlu beria-ria menangis suruh Mas Idayu komen. Bagus juga senyap begitu, senang buat duit,” demikian ciap netizen dalam Twitter.
View this post on Instagram
“Menyampah pula tengok Famili Duo ini dengan drama. Siti Sisters itu disuruh baca skrip merayu minta Mas Idayu komen,” ciap seorang lagi netizen.
Namun, selepas setiap peserta merayu minta persembahan mereka diberi komen, juri tetap itu akhirnya beralah. Berikutan daripada itu, Saida dan Sairah dilihat cuba memujuk Mas Idayu serta mahu mendengar komen daripadanya. Namun begitu, Mas Idayu hanya tersenyum dan menunjukkan tanda bagus.
Tidak beberapa lama selepas itu, Mas Idayu membatalkan hasrat tersebut dan memberikan komen selepas dipujuk pasangan Ayda dan Fyna Jebat.
Sumber : kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Leave a Reply