ADA yang patah… bukan kayu tapi hati! Itu antara kapsyen yang dimuat naik peminat yang kecewa apabila video memperlihatkan penyanyi rap popular MK (K-Clique) berjalan sambil memegang tangan seorang wanita.
Menerusi video yang dikongsi seorang pengguna TikTok @sugardoll.finie, penyanyi lagu Pulang itu kelihatan hadir di sebuah majlis rumah terbuka bersama kekasihnya dengan memakai baju sedondon berwarna hitam.
MK atau nama sebenarnya Muhamad Hairi Amin Hamdan, 26, turut mengulang siar beberapa posting daripada netizen yang merakam aksi romantik itu.
View this post on Instagram
Malah, nama wanita yang dikenali sebagai Hajar Siti pula mendapat perhatian dan menjadi cari paling popular di laman Facebook.
Hajar ni cantik tau, lemah lembut. Low profile walaupun emak bapa dia orang ternama dia punya low profile kawan-kawan saja yang tahu.
NETIZEN
Rata-rata netizen meluahkan rasa k3cewa apabila mengetahui penyanyi yang juga pelakon itu sudah berpunya.
Malah, ada yang mendakwa gadis berkenaan daripada keluarga ternama yang berasal dari Kuantan, Pahang.
“Sedihnya crush saya dah ada awek”
“Penat saya hafal lagu-lagu awak, last-last dah ada awek”
View this post on Instagram
“Hajar ni cantik tau, lemah lembut. Low profile walaupun emak bapa dia orang ternama dia punya low profile kawan-kawan saja yang tahu.
“Dulu Hajar post dengan close friend je. Sekarang dah tak payah close friends” ujar beberapa netizen.
Pada 25 April lalu, MK memuat naik foto bersama seorang wanita dengan kapsyen romantis dan memberitahu hatinya sudah dimiliki.
Dia turut meletakkan pautan akaun Instagram @hajaarsitii pada gambar tersebut.
@sugardoll.finie Ada yang patah. Bukan kayu, tapi hati
#fyp #masukberanda #rancakraya #liveforthechallenge ♬ suara asli –
𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily
sumber: mStar