“Saya Difitnah Teruk” – Ustaz Abu Syafiq Akan Ambil Tindakan Undang-Undang, Dakwa Dirinya Teruk Difitnah Team Ebit Lew

Masih belum reda kontroversi yang membabitkan tiga figura terkenal Malaysia iaitu pendakwah terkenal Ebit Lew, aktivis Gaza, Nadir Al Nuri dan penyanyi rap Caprice, kini timbul pula isu hangat melibatkan pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq.

Baru-baru ini, Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary mendakwa bahawa dirinya telah difitnah oleh beberapa ahli pasukan Ustaz Ebit Lew.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, dia membuat pendedahan dan menegaskan akan membuat laporan polis serta mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap isu tersebut.

“Saya difitnah teruk dan akan buat report polis”

“Saya telah difitnah teruk dengan fitnah yang tidak benar oleh beberapa orang daripada team ustaz Ebit Lew sendiri, tetapi bukan Ustaz Ebit Lew.

“Saya tidak mahu menyebut nama, tetapi saya akan buat report polis dan tindakan undang-undang sekiranya hal ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik,” jelasnya.

Menurutnya lagi, antara fitnah yang dilontarkan kepadanya adalah dia dikatakan telah menghina kerja amal dan mengkafirkan Ebit Lew. Baginya, tuduhan berkenaan sangat berat sehingga mencalarkan imejnya sebagai seorang pendakwah.

“Saya sokong semua kerja amal Ebit Lew”

“Saya mengkaji dan melihat, rupa-rupanya dalam team ustaz Ebit Lew itu ada beberapa orang yang telah menyebarkan fitnah itu terhadap saya, bukan Ustaz Ebit Lew.

“Kerja amalnya saya sokong dan kerja-kerja dakwahnya saya tidak ada masalah kerana beliau tidak membawa mana-mana ajaran yang menyimpang serta memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” ujarnya lagi.

Dedahnya lagi, dia telah pun menegur ahli pasukan Ebit Lew yang memfitnah dirinya namun individu tersebut tidak mahu memohon maaf.

“Salah seorang daripada teamnya akui telah memfitnah saya. Tetapi dia tidak mahu memohon maaf.

“Apabila dia memfitnah dan melaga-lagakan saya tanpa saya berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew, tiba-tiba melagakan saya. Bagaimana setelah dia memfitnah saya, dia tidak mahu memohon maaf,” luahnya.

Dalam hantaran lain, Abu Syafiq turut meminta agar Ebit Lew menjawab segala persoalan yang diajukan berkenaan ahli pasukan yang memfitnah dirinya dan meluahkan rasa sedih kerana isu tersebut tidak dipedulikan langsung.

Selain itu, Abu Syafiq turut menegaskan bahawa tujuannya membuat pendedahan itu bukan kerana publisiti tetapi hanya mahukan kemaafan daripada individu yang terlibat.

Malah, dia turut mendakwa individu tersebut cuba melaga-lagakan dirinya dengan Ebit Lew dan memburukkan lagi suasana.

1- Saya memohon kepada Ustaz Ebit Lew untuk menjawab persoalan saya yang terkait dengan Team beliau ini memfitnah saya.
Team UEL telah memfitnah saya sehingga hari ini. Apabila saya berhubung dengan antara mereka,
dia arahkan saya ‘TUTUP BUKU’ setelah mengaku memfitnah. Wah! begitu mudah ceritanya. Saya sokong aja kerja amal UEL dan Teamnya namun apabila saya baru dapat tahu
dari team tuan memfitnah saya, saya rasa sedih.

2- Tidak ada publisiti yang saya mahukan. Sebab saya dah dikenali pun. Saya juga tidak mahu paparkan perbualan team ustaz dengan saya pada isu ini.

Susah sangat ke nak minta maaf secara terbuka apabila telah terbukti memfitnah saya? Bahkan sudah mengaku pada saya pun tapi tidak mahu minta maaf.
Jatuh ke air muka bila kita minta maaf secara terbuka?
Kan UEL sendiri selalu kata pada umum kita perlu minta maaf jika bersalah. Ini dah terang-terangan memfitnah
dan juga mengaku pada saya tapi stay mcm ego diri tidak mahu
mohon maaf.

3- Alaa maafkan ajalah walaupun tak minta maaf??
Ya. saya boleh aja jika mahu maafkan. Tapi fitnah dari Team UEL tu masih berlegar sehingga kini bahkan masih terus tuduh saya dengan fitnah-fitnah baru pula.
Bukti saya tidak mahu dedahkan disini lagi.

Kesan fitnah team UEL terhadap saya itu juga sangat memberi impak kepada keluarga saya, dakwah saya, anak-anak saya, isteri saya bahkan ibu saya sendiri. Kenalan dan sahabat-sahabat saya juga terkesan dengan fitnah dari Team UEL tersebut.

Jika lihat keadaan sekarang nampaknya UEL dapat rasakan peritnya difitnah bukan?!

UEL sampai buat repot polis dan nak saman fitnah bila rasa diri difitnah. Begitulah saya rasa. Saya tidak mahu katakan ini kaffarah kerana fitnah ini bukan dibuat oleh UEL sendiri.

Mungkin Allah nak bagi kita sama-sama rasa bagaimana peritnya bila difitnah. Maka saya minta UEL jawab hal saya ini. Saya tunggu. Plz jangan senyap jek. Saya pun ada hati dan bersedih. Harap jawab.

– Ustaz Abu Syafiq

Pada masa yang sama, Abu Syafiq turut memaklumkan hasratnya ingin membuat laporan polis juga mahu pihak PDRM untuk melakukan siasatan terhadap salah seorang daripada anggota kumpulan yang dikatakan cukup rapat dengan Ebit Lew.

Tonton video penuh:

Sumber: Instagram Ustaz Abu Syafiq OMM

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.