Connect with us

#news

“Rasa memerlukan, ambil jer.” – Wanita pemurah belanja barang dapur ‘Free’ di depan rumah

Published

on

Umum sedia maklum bahawa pada masa ini ada sebahagian besar rakyat Malaysia terpaksa duduk sahaja dirumah tanpa ada sumber pendapatan hingga menyebabkan mereka kekurangan bekalan makanan.

Disaat hampir sebahagian besar rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang agak gawat ekoran daripada langkah kerajaan membendung penularan wabak Covid-19, masih ada insan yang bermurah hati meringankan beban orang lain.

Ambil je tak perlu bagitahu

Perkara tersebut juga telah tular di Twitter apabila ada yang memuat naik memuji tindakan mulia wanita itu. Dikenali sebagai Datin Zulaikha Mahar, wanita tersebut telah meminta agar sesiapa yang berhajat memerlukan barangan keperluan hanya perlu ambil sendiri di halaman rumahnya tanpa perlu memaklumkan kepadanya langsung.

Sumbangan ketika Covid-19

Namun, menerusi Facebook, seorang wanita telah membuat kebaikan dengan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan makanan kepada sesiapa yang memerlukan.

Cara mendapatkannya mudah sahaja iaitu dengan datang ke rumahnya dan ambil sahaja beg yang berisi bekalan makanan tanpa sebarang prosedur.

Suka mindset macam ni

Tindakan murni wanita itu  telah mendapat maklum balas yang pelbagai oleh warganet yang rata-rata telah meninggal komen mendoakan agar rezekinya dipermudahkan.

Hal ini kerana, dalam keadaan seperti ini bantuan makanan amat diharapkan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.

Harap tak ada yang ambil kesempatan

Semoga bertambah rezekinya

Sumber: imrnadamzulaikha mahar

Continue Reading

Trending