Kantoi terima ‘elaun sara hidup’, Azwan Ali dulu dipuji sekarang dikeji, netizen mula meluat dengan bekas pengacara tersohor itu?

Dulu dipuji, sekarang dikeji? Begitulah reaksi netizen di Twitter ke atas Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA apabila selebriti kontroversi itu nampaknya seperti ‘cakap tak serupa bikin’, lapor Kosmo! Online.

Semuanya terjadi selepas selebriti berusia 55 tahun itu dikatakan menerima ‘elaun sara hidup’ dari abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Seorang pengguna Twitter, @techboy_88 menulis, bekas pengacara terkenal itu tidak lagi membuka ruangan untuk membalas ciapan setelah dikatakan menerima sejumlah wang tersebut.

“Sejak Azwan Ali kantoi dapat “elaun sara hidup” dari abang dia, terus dia tak bagi followers nak komen kat posts dia. Begitulah roda kehidupan. Minggu lepas kau kat atas. Minggu ni kau kat bawah,” tulisnya.

Sejak isu kononnya menerima sejumlah wang daripada abangnya, bekas mengacara Anugerah Juara Lagu (AJL) itu mula tidak membenarkan orang ramai membalas ciapan dalam Twitter.

“Sejak Azwan Ali kant0i dapat ‘el4un sara diri’ dari abang dia, terus dia tak bagi ‘foll0wers’ nak k0men dekat hantaran (ciapan).

Azwan yang cukup lantang terutama dalam mengkritik pihak kerajaan sebelum ini dengan menggunakan bahasa kasar kini semakin dibenci.

Menurut laporan Kosmo! Online lagi, ada warganet mengatakan kelantangannya selama ini dalam mengkritik pihak kerajaan termasuk abangnya sendiri adalah sandiwara untuk mengaburi pandangan orang ramai.

Sebelum ini, sekeping foto tular menunjukkan transaksi sejumlah wang yang turut terpampang nama ‘Azwan Ali’ sehingga mengundang perdebatan di kalangan netizen. Walau bagaimanapun, kesahihan foto tersebut belum dapat dipastikan.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd. Haikal Isa) , Twitter

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.