Sengaja Aamir Khan Bagi 1kg Tepung, Rupanya Diam-Diam Letak Duit Sekali.

Baru-baru ini tular di media sosial, apabila ada yang mengatakan bintang Bollywood Aamir Khan membuat sumbangan wang yang mengejutkan kepada golongan kurang mampu dengan cara yang unik.

Ia berikutan daripada video Tiktok yang mendakwa Aamir menghantar sebuah trak dengan beg berisi paket tepung gandum, untuk diedarkan di kalangan yang memerlukan.

1kg tepung ada berisi duit

Malah, terdapat beberapa perkongsian di Facebook, menyatakan pada 23 April trak itu tiba di Delhi di kawasan yang kurang bernasib baik di tengah-tengah krisis ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang sedang berlaku. Kenderaan itu diisi dengan sebungkus tepung 1kg.

Sengaja Aamir Khan Bagi 1kg Tepung, Rupanya Diam-Diam Letak Duit Sekali.

Sengaja Aamir Khan Bagi 1kg Tepung, Rupanya Diam-Diam Letak Duit Sekali.

Memastikan disalurkan kepada orang yang betul2 susah

Walaupun ramai yang enggan mengambil bungkusan itu kerana mereka merasa 1kg hampir tidak akan memenuhi keperluan keluarga mereka, tetapi buat yang mengambil paket itu terkejut melihat Rs15,000 (RM8xx) tersembunyi dalam tepung.

Sengaja Aamir Khan Bagi 1kg Tepung, Rupanya Diam-Diam Letak Duit Sekali.

Penyiar video TikTok mengatakan dengan cara ini Khan memastikan bahawa wang itu sampai kepada orang-orang yang benar-benar memerlukan kerana hanya mereka yang benar-benar sukar akan berbaris hanya dengan 1kg tepung.

Sengaja Aamir Khan Bagi 1kg Tepung, Rupanya Diam-Diam Letak Duit Sekali.

Aamir Khan ada yayasan sendiri, bantu golongan daif

Bagaimana pun, keaslian video tersebut dan dakwaan yang kian tular itu masih lagi belum dipastikan oleh pihak selebriti itu sendiri.

Sengaja Aamir Khan Bagi 1kg Tepung, Rupanya Diam-Diam Letak Duit Sekali.

 

Umum sedia maklum, Aamir mempunyai badan kebajikannya yang tersendiri untuk menguruskan berkaitan isu sumbangan dana kepada insan-insan memerlukan di sekitar India.

Aamir Khan juga telah mendirikan rumah tangga bersama Kiran Rao selama hampir 16 tahun. Namun, rumah tangga pasangan ini tidak bertahan lama apabila mereka telah sah bercerai.

Hasil perkahwinan Amir Khan dengan Kiran Rao telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Azad Rao Khan yang baru berusia 9 tahun.

Sebelum itu, Amir Khan telah mendirikan rumah tangga bersama Reena Duta yang merupakan seorang penerbit manakala Kiran Rao merupakan isterinya yang kedua.

Sumber: Gulf News

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.