[Vide0] Kerb4u ‘Sond0I’ Kereta Merah, PemiIik Kerb4u Dicari untuk G4nti Rvgi

Masalah berkaitan haiwan ternakan yang berkeliaran bukanlah satu isu yang baru terjadi. Ianya adalah satu masalah yang berlarutan sejak dahulu lagi. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh oleh kita semua dan memerlukan kepada tindakan serta penyelesaian yang segera. Berita telah melaporkan bahawa telah banyak tragedi yang menimpa pengguna jalan raya disebabkan oleh ternakan yang berkeliaran.

Entah apa yang tidak kena, seekor kerbau yang tidak dikenali bertindak menanduk sebuah kereta yang diletak di kawasan parkir di halaman rumah.

Pemilik kereta Proton Saga berwarna merah, Encik Lang Mizan berkongsi video dan gambar kenderaan milik beliau yang ditanduk oleh seekor kerbau.

Menerusi video tersebut kelihatan seekor kerbau yang agak besar berwarna hitam baru selesai ‘membaham’ kereta beliau.

Bahagian sebelah hadapan bonet kereta kemik, cermin tingkap juga pecah dikerjakan oleh kerbau tersebut.

Encik Lang Mizan dilaporkan sedang mencari pemilik kerbau tersebut untuk menuntut ganti rugi yang sewajarnya.

Kejadian berlaku di Kawasan Perindustrian Klebang Bestari, Chemor hari ini.

Kepada pemilik kerbau boleh hubungi pemilik kereta tersebut iaitu En Lang Mizan untuk berbincang.

Secara ringkasnya, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 adalah akta yang memperuntukkan hukuman untuk kesalahan-kesalahan kecil. Dan bahagian khusus yang kita nak tengok di sini adalah Seksyen 9 Akta yang menyatakan (tiada terjemahan rasmi, diterjemahkan oleh Asklegal:

“Sesiapa yang menjadi pemilik atau orang yang menjaga mana-mana kuda, lembu, biri-biri, kambing atau babi membenarkan haiwan itu berkeliaran di mana-mana jalan awam atau mana-mana harta awam atau persendirian boleh didenda tidak melebihi satu ratus ringgit dengan setiap haiwan … ”

Pada dasarnya, Akta ni menyatakan bahawa apa-apa kerosakan yang dilakukan oleh kuda, lembu, biri-biri, kambing atau babi terhadap harta awam/swasta akan didenda tidak lebih dari RM100, atau apa sahaja jumlah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

ulas warg4may4:

Video:

#Chemor Kerbau soldol kereta dan lari! Kejadian berlaku di Kawasan Perindustrian Klebang Bistari, hari ini. Teruk juga keretanya 😭😭Owner kereta sedang mencari tuan kepada kerbau ini untuk minta ganti rugi yang sewajarnya. Bertabahlah sahabat..Video: Lang Mizan (pemilik kereta)

Posted by VIRAL PERAK on Friday, September 10, 2021

Masalah berkaitan haiwan ternakan yang berkeliaran dan tidak ditambat oleh pemiliknya adalah satu masalah yang berpanjangan dan tidak berkesudahan sejak dahulu lagi. Melihat kepada permasalahan ini, kami terpanggil untuk menyatakan beberapa solusi yang mungkin boleh diaplikasikan. Justeru itu, disini kami nyatakan:

  1. Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama kerajaan negeri boleh menyediakan sebuah ladang rumput bagi ternakan yang berkeliaran. Dengan adanya ladang tersebut, pihak kerajaan negeri boleh membuka dan menyediakan banyak peluang pekerjaan terhadap golongan yang mengangur dalam menyelia dan menjaga ladang tersebut. Pihak kerajaan negeri juga boleh mengamalkan sistem pawah terhadap ternakan yang dilepaskan di ladang tersebut.
  2. Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh menangkap seterusnya berunding dengan pemilik haiwan untuk menyegerakan proses sembelihan terhadap binatang tersebut sekiranya pemilik tidak lagi mahu menjaga ternakan tersebut. Dalam keadaan ini juga akan membuka peluang pekerjaan dalam bidang sembelihan dan membanyakkan lagi penjualan daging segar halal di pasaran.
  3. Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh menangkap dan mengenakan kompoun terhadap pemilik ternakan yang berkeliaran. Notis atau pemberitahuan awal sebaiknya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum tangkapan terhadap haiwan-haiwan tersebut dilakukan. Ini bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara pemilik haiwan dan penguasa.

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.