“Ingat Dah Samapai Waktunya Saya Pergi ..” -Oksigen Makin Menurun, Mimpi Dikelilingi Anak Kucing

” Di sini (hospital), jangan terkejvt kalau saya sedang bercakap ini lalu tiba-tiba terus tertidur..”

Demikian luahan penyanyi bersuara emas tanah air, Aishah Ariffin, 57, yang hanya memikirkan soal kem4tian sahaja sewaktu dirinya berdepan dengan situasi getir apabila kadar 0ksigennya semakin menurun baru-baru ini.

Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, berkata, pengalaman itu memberi kesan kepadanya namun bersyukur kerana masih dipanjangkan usia sambil memberitahu tahap kesihatannya kini beransur baik meski masih menerima raw4tan di hospital.

” Kalau saya makan ubat, kadangkala sedang menaip mesej di Whatsapp pun saya boleh tertidur.

” Teringat masa mula-mula keadaan 0ksigen tak berapa bagus masa itu, memang saya ingat waktu itu sudah sampai masa saya.

” Malah, saya bermimpi dikelilingi oleh anak-anak kucing yang dulu pernah saya beri makan.

” Doakanlah saya terus sihat dan dalam kembali menjadi manusia yang boleh berbakti kepada bukan sahaja orang susah, tetapi juga kepada anak-anak kucing saya,”katanya.

a

Gambar- Aishah sering berkongsi status mengenai kucing beliau.

Aishah berkata demikian dalam nada sebak sewaktu membuat hantaran video ringkas di akaun Instagramnya semalam.

Selain itu, menurut penyanyi lagu Janji Manismu dan Camar Yang Pulang ini lagi, dia amat berterima kasih dan bersyukur kerana dikelilingi teman-teman termasuk individu yang tidak dikenali secara peribadi yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.

Kata Aishah, malah dia juga terkejut kerana dimaklumkan ada pihak seperti anak-anak sekolah tahfiz dan anak yatim yang mendoakan kesihatannya sepanjang diberitakan mengalami jangkitan kuman dan positif COVlD-I9 sejak 30 Ogos lalu.

” Alhamdulillah. Tak dapat nak cakap betapa bersyukurnya saya dapat kawan-kawan termasuk pihak-pihak yang tak dikenali, yang mendoakan diri ini bermula daripada malam pertama saya berada dalam keadaan kritikal.

” Ramai teman-teman yang membantu dalam macam-macam cara. Saya tak tahu begitu ramai yang mendoakan saya.

” Terima kasih banyak-banyak kerana terus mendoakan. Hanya dalam keadaan macam ini baru kita tahu siapa yang benar-benar sayang pada kita.

” Semoga Allah SWT memberi peluang untuk kita semua menjadi insan yang lebih baik sebelum akhirnya Dia ambil semula kita suatu hari nanti,”katanya.

Dalam pada itu, Aishah juga berterima kasih kepada semua para petugas barisan hadapan yang baginya telah melakukan kerja dengan sehabis baik dan terdaya bagi membantu pesak!t COVlD-I9 sepertinya.

” Bagi saya, mereka ini adalah insan-insan yang Allah SWT pilih untuk melakukan tugas macam ini, InsyaAllah, kita doakan mereka juga terlindung daripada sebarang penyakit. Anda tidak akan tahu macam mana lelahnya mereka bekerja.

” Semoga Allah SWT memberkati semua petugas barisan hadapan kita. Siapa yang belum vaksin, pergi dapatkan sunt1kan vaks1n segera. Jaga diri semua,”katanya.

Terdahulu, Aishah dilaporkan positif COVlD-I9 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perub4tan swasta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

 

Aishah kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras 0ksigen menurun kepada 92 peratus namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil kini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.