Connect with us

#news

Rentas negeri suami isteri berjauhan dibenarkan mulai Isnin

KUALA LUMPUR: PASANGAN suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja kini boleh menarik nafas lega apabila perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan akan dibenarkan semula bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran kepada pasangan hujung minggu ini akan berkuatkuasa pada 1 Jun selepas ia diputuskan dalam mesyuarat khas menteri pada Sabtu.

Bagaimanapun beliau menegaskan perjalanan rentas negeri atas alasan lain secara keseluruhannya masih belum dibenarkan setakat ini.

“Hari ini, mesyuarat memutuskan untuk memberi kelonggaran seperti sebelum ini iaitu rentas negeri dibolehkan jika membabitkan kes kecemasan seperti kematian dan perubatan, begitu juga yang berulang alik ke tempat kerja, contohnya duduk di Seremban dan bekerja di Putrajaya.

“Selain itu, sebelum ini saya umumkan rentas negeri pasangan yang terpisah dibenarkan dan kemudian dihentikan sebelum Aidilfitri. Hari ini, kita bersetuju larangan itu ditarik balik, maka pasangan suami isteri ini bolehlah merentas negeri untuk berjumpa pasangan dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (ÞKÞ) di Putrajaya, hari ini.

Pada 21 Mei lalu, kerajaan memutuskan buat sementara itu untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran C0VID-19 menjelang sambutan Aidilfitri pada 24 Mei.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan memulakan proses penghantaran pulang pendatang tanpa izin (Þati) yang berada di tiga depot tahanan di negara ini pada 6 Jun depan.

“Fasa pertama akan bermula 6 Jun dan melibatkan 2,189 warganegara Indonesia yang berada di depot Imigresen di Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta 672 Pati di depot tahanan Imigresen di Sabah.

“Kesemua Þati Indonesia yang dihantar pulang akan menjalani ujian RTK Antigen yang mana pihak kedutaan republik negara itu dijemput turut berada semasa ujian dijalankan,” katanya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya