Resipi Kari Ikan Kembung Mamak Style, Ikut Sukatan Ni Pasti Menjadi

Kalau anda peminat kari style mamak, boleh cuba resipi kari ikan kembung ala kedai mamak ni.

Maklumlah bila sebut je masakan kari, auto teringat kari kat mamak kan? Kari mamak ni sedap dia bukan biasa-biasa.

Dengan aroma kari yang menusuk, kuah yang pekat sememangnya sangat menggoda! Jom ikut resipi di bawah.

Kari Ikan Kembung Mamak Style

Bahan A:

  • Daun kari
  • Halba campur guna 1/2 peket sahaja (wajib ada kalau buat kari ikan)
  • Rempah 3 sekawan

Bahan B:

  • Halia sedikit
  • Bawang kecil 5 biji
  • Bawang putih 4 ulas

Kisar halus semua bahan B, jangan terlalu banyak air.

Bahan C:

  • Rempah kari ikan cap o 1 paket
  • Serbuk kunyit 1 sudu
  • Serbuk cili 2 sudu

Bancuh dengan air.

Bahan-bahan lain:

  • Ikan kembung 4 ekor
  • Tomato potong dadu 1 biji
  • Air asam jawa (jangan banyak nanti masam)
  • Santan
  • Bendi/terung

Cara-cara:

    1. Tumis bahan A sampai naik bau. Guna minyak dalam kuantiti yang agak banyak.
    2. Bila dah naik bau, baru masukkan bahan B yang sudah dikisar.
    3. Kacau sebati semua bahan, masukkan pula bahan C dan tumis sampai pecah minyak. Tumis bersama tomato yang sudah dipotong dadu sehingga semuanya sebati.
    4. Masukkan pula air asam jawa, agak-agak nak kuah banyak mana. Jangan terlalu cair nanti tak sedap.
    5. Kemudian tuangkan sedikit santan. Biarkan sehingga pecah minyak dan kuah jadi cantik macam ni.
    6. Letakkan garam secukupnya. Kemudian boleh letak bendi, tomato yang dibelah 4 mengikut cita rasa masing-masing.
    7. Kuah kari akan rasa masam semasa tengah masak sebab air asam belum sebati. Lepas 1 jam semua rasa akan sebati.

Selamat mencuba!

Kredit: Siti Nor Azizah Rahim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*