Connect with us

#vvip

Resepi Nasi Arab Terlajak Simple Dan Mudah!, Tak Perlu Serbuk Readymade & Masak Guna Rice Cooker Jer

Mood raya masih belum pudar, kunjungan dari tetamu pasti membuatkan para ibu sekalian pening kepala memikirkan idea menu hidangan. Tetapi jangan gusar, sebab disini ada resipi yang boleh dicuba dan ianya mudah disediakan.

Resipi Nasi Arab ini dikongsikan oleh Marina Ismail melalui akaun Facebook.

“Kak Na kamu try resepi nasi arab nih sedap giler. Walaupun bahan dia simple namatey, tapi sedap sangat. Tatau mana datang sedapnya tuh”. Fuhhh penuh semangat adik ketiga bagitau pasal resepi nasi arab yang dia baru jumpa

“Taraaa…Kak Na tengok ni Anim buat nasi arab resepi Kak Li bagi tuh. Sedapppp giler”. Citer si adik bongsu kat whatsapp pulakkk.

Haishhh ni tak boleh jadi nih, semua komen sedap. Dah la dedua tu memang terror memasak. Terus la aritu dengan pantas kak M menerai resepi nih.

Ni kali kedua kak M buat. Sebelum ni ada gak try resepi yang lain. Tapi yang ni paling win. Dah la masak tak sampai 1 jam setel semua.

Bahan pun semuanya gerenti ada kat dapur kita semua. Takyah sibuk nak beli serbuk readymade bagi. This recipe is definitely a keeper! Jom tengok bahan-bahan dia!!

RESEPI NASI ARAB TERPALING MUDAH

Bahan Rebusan:

3 – 4 potong ayam – (kak M guna whole leg)

4 mangkuk air besih

1 kiub ayam

1 biji tomato (potong 4)

2 biji lada hijau (potong 4)

1 batang kulit kayu manis

1/2 camca ketumbar biji

½ camca jintan manis biji

½ camca lada hitam biji

Bahan lumur:
Madu secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya

Bahan untuk ditumis:
11/2 mangkuk basmathi (1 mangkuk setengah)
½ camca ketumbar (setengah)
½ camca jintan manis (setengah)
½ camca lada hitam biji (setengah)
1 helai daun pandan

CARA:
1. Keseluruh bahan yang hendak direbus, rebus dalam durasi 30 minit. Tambah rasa dengan garam dan kiub ayam. Bila dah tambah tu, pastikan rasa tu mencukupi citarasa sebab Nasi Arab tak memerlukan banyak juadah jadi nasi itu sendiri mesti secukup rasa.

2. Bila dah sampai 30 minit. Keluarkan ayam dan api? Mestilah kena tutup hehe.
3. Ayam yang dibawa keluar tu, lumurkan dengan madu dan kunyit selepas itu, biarkan untuk seketika.
4. Sementara tunggu ayam sebati dengan madu dan kunyit, tumis pula daun pandan, jintan manis, ketumbar dan lada hitam. Tumis dengan sikit minyak sampai bau naik.
5. Beras basmathi tadi masukkan dan tumis untuk lagi seminit, lepas itu matikan api.
6. Sediakan periuk nasi, lepastu bahan yang ditumis dimasukkan kedalam periuk nasi bersama air rebusan.
7. Susun kemas ayam di bahagian atas.

8. Masak nasi macam biasa.
9. Dah siap. Boleh pekena dengan sambal nasi arab dan salsa.

Selamat mencuba dan pasti nak lagi!

Sumber: FB Marina Ismail via keluarga.my

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya