Kes penghantar makanan dipu-kul dan dibel4sah oleh pelanggan bukanlah perkara yang baru. Nampaknya, baru-baru ini tular video di laman Twitter rider Foodpanda didakwa dibel4sah oleh seorang pelanggan.

Menerusi perkongsian video itu, sumber memberitahu pengawal rumah pelanggan berkenaan tidak b3narkan rider tersebut untuk naik ke atas ataupun masuk sehingga sampai ke depan pintu rumah.

Mungkin berang kerana makanan lambat sampai, pelanggan tersebut didakwa mem4ki dan menu-mbuk rider berkenaan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kej4dian itu berlaku dimana.

Menurut netizen yang berkongsikan video berkenaan berkata jika benar ianya s4lah rider tersebut mengapa keadaan jadi teru-k sehingga begitu sekali.

Ujarnya, dia juga pernah dim4ki oleh pelanggan kerana lambat sampai namun dia bukan sengaja untuk berbuat demikian. Jelasnya, adakalanya kedai makan yang lambat siapkan makanan dan ada masa perlu menghantar banyak tempahan.

Katanya lagi, jika pelanggan tidak berpu-as hati dengan servis yang diberikan boleh sahaja membuat aduan dan rider akan terus dib-uang. Tetapi tidak mungkin ada rider yang seolah sengaja mahu dirinya dibu-ang kerja.

Perkongsian netizen itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang b3rang dengan tindakan pelanggan itu. Malah, ramai yang tidak setuju dengan istilah ‘customer always right’ sehingga memberi hak kepada pelanggan melakukan apa sahaja.

Dalam pada itu, ada netizen mempersoalkan mengapa tiada siapa datang untuk meleraikan perg4duhan tersebut dan bersikap p3nting diri dengan hanya merakam insid3n berkenaan

Berikut pula reaksi netizan

“Aku punya order pernah lambat hampir 45 minit, tapi aku cool, yang hantar pun buat selamba badak je tak minta maaf pun aku cool, janji order yang aku dapat tu betul, sampai ke tangan aku dan perut kenyang, hati pun happy..

Bukan senang jadi ‘rider’, kata Dr Sheikh Muszaphar

SHAH ALAM – Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menjadi penghantar makanan di restoran miliknya bersama Chef Ismail iaitu Restoran Rebung berkongsi pengalamannya melaksanakan tugas tersebut.

Beliau menerusi hantaran di Facebook berkata, bekerja sebagai penghantar makanan memerlukan pengorbanan dan jiwa yang kental dalam menghadapi risiko keselamatan dalam melaksanakan tugas.

“Menjadi rider bukannya mudah, semuanya tidak endah, hujan tetap redah, walaupun dirinya basah, agar pelanggan dapat jamah, itulah pengorbanan pasrah, untuk mencari rezeki sah.

“Bukannya mudah, tidak kira penat lelah, tidak peduli hujan rebah, tapi itulah hakikat,” tulisnya.

Beliau berkata, kadang-kala kita mengambil mudah terhadap penghantar makanan dan tidak sedar pengorbanan mereka untuk membawa makanan ke rumah kita.

“Layanlah mereka dengan baik. Berikan sedikit tip pun dikira baik. Malahan ukiran senyuman dan ucapan terima kasih pun cukup membantu,” tambahnya lagi.

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi video menunggang motosikal dalam hujan untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

Video berkenaan mendapat 6,000 tontonan, 840 tanda suka, 71 komen dan 235 perkongsian semula.

By The Klasik

"Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya.."