Tercampak ‘Rider’ Motor Bertembung Kereta Yang Tiba Tiba Masuk Simpang Nak Isi Minyak Sebelah Tol Duta. Wargamya Mula Tanya Salah Siapa Sebenarnya (Viideo))

Apabila menggunakan lebuh raya, stesen minyak menjadi antara lokasi yang amat penting bagi semua pengguna jalan raya kerana ia umpama ‘tempat rehat dan rawat’ yang lengkap dengan keperluan diperlukan ramai.

Bagaimanapun, bagi pengguna SmartTag dan RFID tol lebuh raya PLUS di Jalan Duta ia agak sedikit ‘sukar’ apabila kenderaan terpaksa menukar lorong ke kiri untuk menuju ke stesen minyak dan pada masa yang sama memastikan ia tidak menghalang laluan lalu lintas kenderaan lain.

Pada lewat hari semalam, tersebar rakaman seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi merempuh sebuah kereta yang sedang menukar lorong dan tinggal beberapa meter saja lagi untuk selamat sampai ke stesen minyak berhampiran di tol berkenaan.

Kejadian yang terjadi pada jam 2.41 petang semalam itu telah menyebabkan penunggang serta motosikalnya tercampak beberapa meter sejurus bertembung dengan kereta yang berada di hadapannya.

Video pendek berdurasi hampir 25 saat itu telah menarik perhatian dalam usaha mencari punca kemalangan terbabit. Ramai yang mendakwa penunggang motosikal berkenaan yang bersalah kerana membawa dengan laju sehingga tidak menyedari kehadiran kereta di hadapannya.

VIDEO:

Ada juga yang berpendapat kejadian berkenaan tidak akan terjadi sekiranya pemilik dashcam menggunakan laluan tol di sebelah kiri berhampiran stesen minyak kerana ia lebih dekat dan memudahkan pemandu terbabit.

Terpelanting Rider Motor Ini Bila Kereta Tiba Tiba Masuk Simpang Nak Isi Minyak Lepas Tol Duta. Netizen Mula Tanya Salah Siapa Sebenarnya (Video)

Terpelanting Rider Motor Ini Bila Kereta Tiba Tiba Masuk Simpang Nak Isi Minyak Lepas Tol Duta. Netizen Mula Tanya Salah Siapa Sebenarnya (Video)

Walaupun dapat dilihat penunggang terbabit tercampak jauh, beliau dipercayai tidak mengalami kecederaan teruk dan parah apabila cuba bangun selepas pelanggaran berkenaan berlaku.

Bagaimanapun, orang ramai bersepakat setiap pengguna plaza tol di seluruh Malaysia tidak kira sama ada menunggang motosikal atau memandu kenderaan beroda empat perlu sentiasa berhati-hati dan peka di kawasan sekeliling bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pemandu yang ingin ke stesen minyak selepas plaza tol dinasihatkan untuk memilih laluan paling kiri bagi memudahkan urusan, manakala penunggang motosikal pula perlu fokus memberi tumpuan pada persekitaran sekeliling sebelum boleh memecut meneruskan perjalanan dengan selamat.

Sumber: TheVocket via ASN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.