Connect with us

#celeb

Risaukan keadaan frontliners, Ebit Lew ‘terbangkan’ barangan medikal ke Sabah

Usaha murni pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew dalam membantu mereka yang terjejas ketika keadaan sulit melanda negara sememangnya amat dihargai rakyat Malaysia. Manakan tidak, beliau tidak perlukan sebarang jawatan atau pangkat untuk terus membantu.

Guna pesawat kargo hantar bantuan

Terkini, Ebit Lew sekali lagi membuat orang ramai terharu kerana telah ‘terbangkan’ bantuan berbentuk peralatan medikal untuk kegunaan petugas kesihatan di Sabah.

Dalam satu perkongsian yang dimuatnaik pendakwah tersebut menerusi media sosialnya, beliau telah menggunakan pesawat kargo untuk menghantar bantuan kepada frontliners di sana.

Doakan Sabah terus kuat

Beliau telah menggunakan perkhidmatan Raya Airways kargo untuk menerbangkan set PPE, Face Sheild, pelitup muka, pelindung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas kesihatan di Sabah.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan Sabah yang kini sedang diuji dengan pandemik yang sangat membimbangkan.

Lagi banyak memberi, lagi banyak diperoleh

Sehubungan dengan itu,  orang ramai seperti biasa mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sekali lagi menjadi ‘hero’ dalam situasi genting ini.

Mereka juga mendoakan agar Ustaz Ebit Lew terus dimurahkan rezeki dan dapat terus membantu orang ramai tanpa sebarang prajudis.

“Apa kena dengan ustaz ni?”

Semoga Allah membalas jasa ustaz


 

Sumber: Ebit Lew

Continue Reading

Trending