Kenaikan H4rga An4k Ayam Pvnca H4rga Ayam MahaI

Ipoh Perak – Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Abdul Yunus Jamhari berkata peningkatan harga anak ayam antara faktor dikenalpasti punca kenaikan harga ayam di pasaran.

Disebabkan itu, penternak mengurangkan pembelian anak ayam dan pengurangan bekalan di pasaran. Terdapat juga ayam dijual pada harga RM5.90 di pasar raya disebabkan pihak pasar raya mempunyai kontrak dengan pihak ladang memastikan harga yang diperoleh lebih rendah dan stabil.

KPDNHEP sedang giat melakukan pemeriksaan di seluruh negeri mendapati terdapat beberapa lokasi yang menjual ayam pada harga tinggi sehingga RM11.50 sekilogram di Pasar Awam Gopeng.

Hasil menemubual dengan penternak juga menyatakan peningkatan harga dedak ayam yang mana sebelum ini RM800 satu tan dibandingkan sekarang RM1,400 satu tan.

Selain itu faktor kekuarang pekerja asing dan terpaksa menggaji pekerja tempatan dengan kos yang lebih tinggi.

Tambah beliau sejak 5 september lalu sebanyak 125 premis telah diperiksa.

KPDNHEP juga akan terus memantau dan mencari jalan untuk menstabilkan harga ayam di pasaran memandangkan ia akan berlarutan dalam jangka masa panjang.

Sebelum ini harga dedak yang mahal dipercayai menjadi salah satu punca kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini.

Penternak dan penjual ayam hidup, Azli Mustapa, 40, dari Kupang, tidak menafikan berlaku kenaikan harga ayam sejak minggu lalu didorong kenaikan harga dedak yang amat ketara kerana mencecah RM110 hingga RM114 untuk 50 kilogram berbanding RM81 sebelum ini.

“Harga dedak memang melambung naik dan boleh mencecah RM117 bagi setiap guni 50 kilogram jika termasuk dengan kos pengangkutan.

“Jika diikutkan, RM81 itu adalah harga sebelum pandemik Covid-19 melanda dan setiap bulan harga dedak naik antara RM2 hingga RM3 sejak sejak itu.

“Saya jangkakan harga dedak akan naik lagi hujung bulan ini atau awal bulan depan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Azli, dia kini menjual ayam hidup pada harga antara RM6.50 hingga RM6.80 sekilogram.

Katanya, berlaku peningkatan mendadak kerana ayam di ladang sebelum ini dijual pada harga RM1.80 saja untuk sekilogram dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Apabila sampai ke pasaran, ayam daging dijual RM10 sekilogram manakala RM12 hingga RM13 sekilogram bagi ayam kampung.

“Saya tidak pasti sampai bila harga ayam akan berlaku tetapi penternak dan peniaga juga tersepit kerana perlu menanggung kos membayar pekerja,” katanya yang menjadi penternak ayam sejak 2006.

Sementara itu, penternak ayam sambilan dikenali Kamal, 43 dari Sungai Petani turut mengakui kenaikan harga ayam di pasaran disebabkan dedak yang mahal.

Katanya, ia menyebabkan penternak terpaksa menjual ayam kepada peniaga dengan harga mahal berbanding sebelum ini.

“Sebelum ini, sekilogram ayam hidup dijual dengan harga antara RM1.80 hingga RM2.20 saja.

“Sejak kebelakangan ini, ayam dijual dengan harga RM4 hingga RM6 sekilogram dan boleh juga mencecah RM8 ke RM9 jika menggunakan khidmat orang tengah.

“Kenaikan harga dedak salah satu punca ayam jadi mahal namun ada juga segelintir peniaga mengambil kesempatan,” katanya.

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.