Connect with us

#viral

Rm480 diberikan kepada anggota keluarga yang layak dengan maksimum empat orang anak berusia 18 tahun kebawah

Covid-19, pandemik yang mengemparkan seluruh jagatraya telah menyebabkan ramai orang mengalami kesulitan dalam sektor ekonomi dan juga kewangan.

Namun, kerajaan Malaysia yang memahami masalah rakyat menemukan penyelesaian kepada krisis ini.

Bantuan dalam bentuk wang ringgit akan diberi kepada yang layak, iaitu kepada keluarga yang mempunyai anggota anak (maksimum 4) berusia 18 tahun kebawah.

Menteri Kewangan telah menyatakan di media bahawa setiap orang akan menerima wang sebanyak RM120 pada fasa ketiga yang akan diagihkan sebelum akhir bulan Julai ini.

Tambahan, beliau berkata bahawa kos bantuan sebanyak 3 billion Ringgit akan diberi kepada 3.8 juta isi rumah dan juga 1.2 juta individu bergelar bujang.

Untuk pemberian BSH, isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerima bayaran sebanyak RM600 manakala, isi rumah dengan pendapatan antara RM2,001 – RM3,000 (RM350).

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 – RM4,000 akan menerima BSH sebanyak RM250 manakala, golongan bujang (40 tahun ke atas) berpendapatan kurang RM2,000 (RM400).

“Kerajaan sedar walaupun masih ada bantuan-bantuan yang lain seperti BPN, BSH, SOCSO, EIS, zakat, dan sebagainya, masih ada golongan rakyat yang berkeadaan amat kekurangan,” katanya.

Ekoran itu, beliau menegaskan kerajaan tidak memandang ringan aspek keselamatan sosial rakyat dan bantuan pakej PRIHATIN dan PENJANA disasarkan untuk membantu dalam jangka masa pendek.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan terus memantau rapat situasi semasa untuk mencari jalan penyelesaian yang mampan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

Mendengarkan berita ini, netizen haruslah bersyukur walaupun bantuan ini nampak tak seberapa dari beberapa pihak. Dah dapat bantuan jangan kita pula membazir ya! Jimat jimat dan jangan lupa patuh SOP dari MKN!

Sumber: Astro Awani

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Trending

    Tersilang akar ada tunasnya, Melingkar sabut kenal umbinya