Saya Sampai Menyamar Pakai Topeng, Terpaksa Kutip, Kumpul Dan Jual Tin-Tin Kosong – Ropie

Jika dilihat dari gaya dan riak wajahnya, Ropie seperti seorang manusia yang tidak mempunyai sebarang msaIah.

Senyuman dan tawanya menjadi topeng muka. Siapa yang tidak kenal dengan Ropie? Pelawak yang kini menjadi idaman dan dambaan ramai pengarah dan penerbit.

Ropie yang nama sebenanrnya Zahid bin Tajuddin, dikatakan boleh berbangga dengan pencapaian dalam industri seni tanah air tatkala rakan kumpulan Cecupak yang seangkatan dengannya bagaikan hilang arah.

Pun begitu, bukan mudah untuk dia berdiri dalam ruang hidupnya sekarang.

Segala kenikmatan mesti dibayar terlebih dahulu dengan kerja keras dan jerih perih. Sukarnya untuk hidup sebagai anak seni. Itulah permulaan bicara insan dan lelaki yang cukup berjiwa hamba ini.

Bermula sebagai anak seni sekitar tahun 1997, anak jati kelahiran Padang Rengas, Taiping, Perak ini mencipta dan memahat nama sebagai salah seorang ahli kumpulan lawak, Cecupak. Namun, ketika itu mereka bersaing hebat dengan Senario.

Pernah terpaksa kutip dan jual tin kosong

” Zaman kejatuhan saya tahun 1999-2000 selepas kumpulan Cecupak dibubarkan memang ‘sak1t’ waktu itu.

” Ketika itu, nak kais pagi makan pagi pun susah. Saya pernah kcewa dengan industri ini dan diri sendiri sehingga pulang ke kampung halaman.

” Balik-balik tengok ada seguni tin depan pintu. Rupanya arwh abah dan mak kutip tin untuk dijual.

” Malah pernah dulu saya terpaksa menyamar pakai topeng, kutip dan jual tin-tin kosong. Waktu tu memang susah, anak pula kecil lagi. Selain tin saya juga jual bateri-bateri dan juga suratkhabar.

” Ketika itu, jiwa saya hancvr. Saya seperti tidak berguna. Tetapi segala kesusahan hidup di ibu kota saya telan seorang. Tidak mahu menyusahkan mereka. Jadi saya tolong kutip tin, bateri lama dan macam-macam lagi.

Gambar: Ropie bersama isterinya, Syirin

” Saya janji umur 45 kalau tak berjaya akan cari kerja tetap tak kisahlah terpaksa jadi pengawal keselamatan atau sebagainya.

” Saya tak malu buat kerja-kerja apapun. Tapi bila tengok ada tawaran jadi saya teruskan. Itulah pengalaman hidup saya dahulu. Kalau ingat semula, berderai air mata.

” Nikmat yang dimiliki sekarang adalah rezeki terhebat Tuhan. Benar kata orang, bersusah dahulu, senang kemudian.

” Tidak akan saya pernah lupa keperitan hidup ketika itu,” katanya perlahan.

Kini meniti populariti

Namanya memuncak sekitar tahun 2017 selepas menjawakan watak Nayan dalam filem pecah panggung, Hantu Kak Limah. Ramai yang mula perasan bakat sebenar Ropie yang mungkin sebelum ini dipandang sepi.

Malah, watak Pak Kodi menerusi sitkom JKKK benar-benar meletakkan Ropie dalam liganya tersendiri. Di usia lima dekad, dia berjaya merealisasikan impian. Tidak mudah ya. Jauh perjalanannya.

” Saya pernah sahaja sapu semua tawaran yang ada. Asal ada duit. Ketika itu, bayaran RM50 sehari pun saya sapu.

” Walaupun di sudut hati, bayaran itu tidak setara kudrat yang dicurah. Namun, itu kan rezeki?

” Sekarang, saya sudah mula fikir faktor usia. Kalau hendak berlari-lari, watak aksi itu mungkin kena fikir dua tiga kali. Kalau dulu semua watak saya belasah tetapi sekarang kasihan dekat tulang belulang semua. Sakit.

” Malah sebelum berlakon, saya akan lebih banyak mendiamkan diri, kumpul tenaga. Takut nanti tercungap-cungap.

” Bagi tenang diri dan fikir apa yang hendak dilakukan. Hendak berjenaka ini tidak mudah,” katanya.

Diaju soalan, tidakkah dia mahu mencuba watak berbeza selain komedi, bagi Ropie, nikmat Tuhan yang kini dinikmati harus disyukuri. Bukan tidak pernah mencuba, namun lebih baik andai dia terus di liganya sendiri.

Dia pernah berdoa, semoga Allah memakbulkan impian untuk bergelar pelawak dan punya nama pentas berbeza selain nama asalnya. Maka, apa yang dinikmati adalah anugerah Tuhan atas doa-doanya.

Tidak gemar berkongsi hal peribadi, Ropie berkata, pendekatan itu diambil bukan kerana mahu berahsia, sebaliknya dia inginkan keluarganya menikmati kebebasan tanpa dibebani tumpuan.

” Saya hidup gembira bersama isteri, Syirin yang turut bertindak sebagai pengurus. Kami mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun lalu dan sejak itu, dia yang mengurus dan menyusun jadual kerja saya.

” Saya tahu, jika diuruskan orang lain, saya akan jadi agak manja. Saya bersyukur dengan kehadiran Syirin dan apabila dia ada di sisi, tiada wanita lain yang berani mendekati,” ujar Ropie.

Sumber:utusan, keluarga dan wikipedia

Check Also

Dah Tahu Miskiin Beranaak Setiap Tahun Kenapa. Kata-kata Hiina Seorang Guru dan Kawan Sekelas Buatkan Beliau Buktikan Anak Petani Pun Serba Boleh

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Tinggal di rumah yang selesa, ada ibu bapa yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.