Connect with us

#news

Rumah tiada apa2, bapa muda tebal muka kayuh basikal merayu mohon sumbangan

Published

on

Umum sedia maklum bahawa ketika ini, setiap orang mengalami kesempitan dan kesulitan berikutan terpaksa duduk di rumah dan tiada pendapatan berikutan langkah kerajaan untuk mengawal pergerakkan supaya rantaian covid-19 dapat diputuskan.

Pasti ada antara kita yang sangat terkesan dalam hal ini sehingga terpaksa menebalkan muka untuk meminta bantuan bagi mengisi perut ahli keluarga dirumah kerana tiada bekalan makanan dan juga wang untuk dibelanjakan.

Tebal muka demi sumbangan

Melalui 1 perkongsian dari seorang pengguna Facebook yang juga merupakan aktivis masyarakat dikenali sebagai Abam Botak, dia telah memuat naik kisah seorang bapa muda yang mengejar van bantuan untuk memohon sumbangan.

Rumah tiada apa2, bapa muda tebal muka kayuh basikal merayu mohon sumbangan

Apa yang menyebakkan apabila bapa muda tersebut mengayuh basikal dari jauh semata-mata menahan malu untuk merayu sedikit sumbangan kerana sudah tiada apa-apa dirumahnya.

Walau bagaimanapun, Abam Botak agak terkilan kerana ketika itu dia hanya membawa barangan yang akan diberikan kepada orang yang sudah terlebih dahulu dimaklumkan untuk dibantu.

Namun, pada keesokan harinya, sumbangan dapat diberikan setelah mereka bertukar nombor telefon.

Rumah tiada apa2, bapa muda tebal muka kayuh basikal merayu mohon sumbangan

Rumah tiada apa2, bapa muda tebal muka kayuh basikal merayu mohon sumbangan

Nak salam cium tangan sebab terharu

Dalam kenyataan Abam Botak, bapa muda itu berkali-kali mengucapkan terima kasih diatas bantuan yang diberikan sehingga mahu mencium tangannya.

Dikesempatan itu, pengguna Facebook turut sempat menititpkan sedikit pesanan agar sentiasa bertawakal dan mengharapkan pembalasan yang baik-baik daripada Allah S.W.T diatas usaha murni ini.

Rumah tiada apa2, bapa muda tebal muka kayuh basikal merayu mohon sumbangan

Rumah tiada apa2, bapa muda tebal muka kayuh basikal merayu mohon sumbangan

Semoga cepat berlalu Covid-19 ini

Susulan daripada itu, rata-rata warganet mengakui berasa sebak diatas situasi tersebut. Mereka juga berharap agar setiap apa yang dilakukan oleh Abam Botak diberi ganjaran sebesarnya daripada Maha Pencipta.

Rumah tiada apa2, bapa muda tebal muka kayuh basikal merayu mohon sumbangan

Tahulah kita siapa yang lebih memerlukan

Rumah tiada apa2, bapa muda tebal muka kayuh basikal merayu mohon sumbangan

Macam ni nampaklah yang kerja sendiri terasa susah

Rumah tiada apa2, bapa muda tebal muka kayuh basikal merayu mohon sumbangan

Sumber : Abam Botak

Continue Reading

Trending

Shares