Connect with us

#celeb

Rupa-Rupanya Pak Samad Pelakon “7 Hari Mencintaiku” Bukan Calang-Calang Orang

Setelah nama Buntat menjadi trending di media sosial kini nama Pak Samad 7 Hari Mencintaiku pula dicari ramai di internet. Pak Samad iaitu watak dalam Drama TV3 7 Hari Mencintaiku kini menjadi topik perbualan hangat di media sosial.

Tahukah anda Pak Samad bukanlah calang-calang orang? Anda pasti terkejut besar apabila mengetahui fakta ini.

Jom lihat biodata Pak Samad 7 Hari Mencintaiku ini…

Pak Samad sebenarnya ialah Cucu kepada Sultan Yussuf, dan anak kepada Raja Baharom. Beliau dikenali sebagai Aman Graseka. Mari kita Lihat serba sedikit Biodata Aman Graseka.

Nama Penuh: Raja Aman Shah Raja Baharom
Tarikh Lahir: 28 Feb. 1968
Pekerjaan: Pelakon, Pengarah (1991 hingga Kini)

Waris Sultan Perak ke-32, Sultan Yussuf Izzuddin (1948-1963)

Walaupun Sultan Yussuf mempunyai 4 putera iaitu Raja Ekram, Raja Zairan, Raja Baharom, dan Raja Azlan, cuma 2 orang sahaja waris dilantik sebagai Raja Bergelar iaitu putera sulung dan bongsu. Mengapa Raja Azlan yang merupakan putera bongsu dipilih?

Ini kerana abangnya dengan sengaja tidak mahu dilantik kerana masalah kesihatan. Juga kerana Sultan Yussuf nampak akan kecerdikan anak bongsunya ini.

1. Raja Ekram ibni Sultan Yussuf Izzuddin

2. Sultan Azlan ibni Sultan Yussuf Izzuddin

Rupa-Rupanya Pak Samad Pelakon “7 Hari Mencintaiku” Bukan Calang-Calang Orang

Melangsungkan Perkahwinan Dengan Penyanyi Dangdut Mas Idayu

Pada tahun 1997 beliau melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dangdut Mas Idayu. ( Usia perkahwinan 10 tahun ) Mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Raja Dayini.

Antara Pencapaian dan Filem Lakonannya

Pencapaian:
***Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Anugerah Seri Angkasa tahun 1999) Filem Amy Anuar.
***Watak Utama Filem “Cinta Kita” tahun 1995
pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik (Festival Filem Malaysia ke-12.) Filem Cinta Kita.

Filem
Cinta Kita (1995) – Ikuti kisah Pak Samad mula-mula ceburi bidang lakokan di sini : Kisah Aman Graseka
Penyair Malam (1998)
Amy Anuar (1999)

Beliau juga membintangi beberapa drama. Aman Graseka menjadi pelakon utama dalam Drama ” Munajat Cinta ayahanda”.

Aman Graseka kecil hati dengan anak, isteri muda tak halang cuma handphone digodam – “Dayini tak boleh terima dia dah ada adik!”

SUSULAN dakwaan penyanyi Mas Idayu kononnya bekas suami, Aman Graseka dihalang bertemu anak mereka, isteri aktor itu tampil menjelaskan situasi sebenar.

Akui Reena Arina, Aman sememangnya sudah lama tidak menghubungi anak gadisnya iaitu Nur Dayini Ashiqah, 22, kerana berkecil hati dengan sikap zuriat hasil perkahwinan dengan Mas Idayu itu.

Aman, 53, dikatakan kecewa dengan tindakan Dayini memburukkan Reena sebagai ibu tiri di Instagram.

“Saya suruh abang (panggilan untuk Aman) supaya hubungi anaknya, tapi dia tak nak sebab kecil hati dan terkilan Dayini burukkan saya dan adiknya yang kini berusia setahun.

Rupa-Rupanya Pak Samad Pelakon “7 Hari Mencintaiku” Bukan Calang-Calang Orang

Mas Idayu berang ada individu yang menghalang anaknya berjumpa bekas suami.

“Abang kata Dayini sepatutnya hormat dia sebagai bapa. Malah semasa neneknya meninggal pun mereka tak datang ziarah. Mungkin itu sebab abang kecil hati.

“Saya pernah ajak keluar sekali tapi Dayini tak mahu! Lebih-lebih lagi selepas kami dah ada anak… Dayini tak boleh terima dia kini dah ada adik!” katanya kepada mStar.

Pada Jumaat, menerusi temubual eksklusif bersama mStar, Mas Idayu berang apabila isu perbalahan membabitkan anak tunggalnya itu dengan Reena menyebabkan wujud suara-suara nakal mendakwa dia tidak pandai mendidik.

Kata Mas Idayu, pada awalnya dia enggan masuk campur dalam urusan tersebut sehinggalah namanya dikaitkan dalam satu artikel baru-baru ini.

Malah, dia turut kecewa apabila Aman tidak lagi menghubungi anaknya itu sejak mereka pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

Ditanya mengenai dakwaan Aman menyekat nombor anaknya di aplikasi WhatsApp, Reena memaklumkan telefon bimbit milik pelakon drama Tuan Danial itu rosak dipercayai digodam pihak tidak bertanggungjawab.

“Abang tak block dia… hari itu telefon abang kena hack, kami semua terkejut segala maklumat dalam telefon hilang termasuklah nombor telefon dan mesej.

“Ia macam kerja hacker yang cekap… semua hilang secara automatik dan terpaksalah apa-apa sahaja berkaitan kerja dan panggilan wartawan kena melalui nombor saya, ” ujarnya.

Gara-gara perbalahan ini, Reena berkata dia menerima kecaman daripada netizen yang memandang serong terhadapnya sebagai ibu tiri.

Lebih memburukkan keadaan, ada pihak luar yang tidak dikenali cuba campur tangan dalam perbalahan yang berlaku itu.

Rupa-Rupanya Pak Samad Pelakon “7 Hari Mencintaiku” Bukan Calang-Calang Orang

Aman mengetahui anaknya, Dayini ada memburukan isterinya di laman sosial.

“Aman tahu apa sahaja yang anak dia tulis tentang saya di Instagram… dia suruh saya bersabar, katanya tak apalah biar Tuhan sahaja balas.

“Saya juga kesal apabila ada seorang individu mengaku satu sekolah dengan saya dan burukkan saya di Instagram Dayini. Kalau betul kawan, dia takkan cerita buruk fasal saya. Aman tengah cari dia dan beritahu tak teragak nak buat laporan polis, ” katanya.

Aman mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018, dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia setahun.

Sebelum itu, Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini.

Sumber: mStar

Continue Reading

Trending