Berpusu Kelu4r Setelah Lam4 Berkvrung, W4rga Lembah KIang S3rbu K4wasan Peranginan, Rekreasi

PADA HUJUNG minggu pertama Fasa Ke-2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang menyaksikan penduduk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya mengunjungi pusat peranginan dan kawasan rekreasi. Setelah ‘dikurung’ untuk waktu yang lama, terbatas pergerakan dan aktiviti yang terhad, kini ramai keluar meninggalkan rumah untuk menikmati alam semulajadi bersama keluarga.

Antara kawasan yang mendapat perhatian ramai adalah taman Taman Saujana Hijau Putrajaya dan Pantai Bagan Lalang. Pada awal pagi, ruang tempat letak kereta penuh dengan kenderaan para pengunjung dan pelawat di Taman Saujana Hijau Putrajaya.

a

a

Taman berkenaan dikunjungi pelbagai peringkat umur yang dilihat melakukan aktiviti seperti jogging dan bersiar-siar bersama keluarga.

Dalam pada itu, Perbadanan Putrajaya melalui laman sosial Facebook menasihatkan para pengunjung untuk sentiasa amalkan penjarakan fizikal dan mencuci tangan semasa beriadah.

Tidak hanya di taman awam, pantai juga menjadi lokasi yang boleh merehatkan minda.

Hari ini Pantai Bagan Lalang, Sepang juga dilihat turut menerima ramai pengunjung. Aktiviti perkelahan di pantai tersebut meriah sehingga tempat letak kereta juga penuh.

Orang ramai kelihatan mendirikan khemah masing-masing di tepi pantai. Walaupun cuaca panas terik, ia tidak menghalang sesetengah daripada mereka melakukan aktiviti-aktviti di persisir pantai.

Bagaimanapun, menerusi paparan Buletin 1.30, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kelihatan kurang diberikan perhatian di pantai tersebut seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Wargamaya melahirkan kebimbangan terhadap fenomena yang sedang berlaku di lokasi rekreasi dan peranginan di Lembah Klang ketika ini.

Rata-rata risau sekiranya ia mencetuskan jangkitan terutama sekali kanak-kanak yang tidak menerima vaksin Covid-19.

a

Harus diingat, virus Covid-19 masih lagi berada di persekitaran udara setempat sekitar tiga jam dan jangka hayat separuhnya adalah sejam setengah.

Malah ia boleh hidup pada pelbagai jenis permukaan sehingga berhari-hari lama.

Justeru, korang dinasihatkan untuk melakukan SOP walaupun telah diberikan kelonggaran untuk merentasi daerah pada Fasa Kedua PPN ini.

Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Jangan lupa lakukan perkara berikut untuk mencegah jangkitan di tempat awam:

Elakkan dariapda mengunjungi tempat yang menjadi tumpuan ramai, sempit dan padat.

Amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

Memakai pelitup muka di tempat awam. Boleh juga memakai pelindung muka.

Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

Amalkan kebersihan diri yang sempurna sepanjang masa seperti menutup mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin.

Elakkan perbualan dengan jarak dekat (kurang dari satu meter).

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.