“Sed1h Tengok M4sjid Masih K0song, Warg4net Lu4h Rasa Kec3wa Tiada Usaha Im4rahkan Rumah Allah”

Terdapat beberapa lontaran pandangan dari warga netizen di mana mereka solat jumaat tadi, masjid masih lagi kosong, sedangkan kapasiti sesebuah masjid boleh lebihkan lagi makmum walaupun mengikut sop.

“Jika kita lihat sebuah masjid boleh memuat 2000, 3000 orang jemaah kenapa tak tambah lagi jumlah bilangan, penjarakan tetap juga dilaksanakan, wajib memakai mask, bawa sejada sendiri, tapi kita sedih tiada usaha ke arah itu” katanya.

“Agaknya ada juga orang yang lupa hari ini hari Jumaat, sop tetap 300 tapi yang datang tak sampai 100 jemaah hari ini”..ujarnya lagi.

Pihak berwajib dan masyarakat perlu memain peranan lebih penting selepas ini, bagi mengimarahkan masjid iaitu rumah Allah.

Terdahulu kerajaan telah meluluskan perjalanan percutian ke Pulau Langkawi  buat rakyat Malaysia. Dianggarkan berpuluh ribu rakyat yang sudah sampai di pulau itu bahkan mungkin akan bertambah lagi dalam masa terdekat ini.

Tambahan lagi rakyat jangan lupa sop-sop yang masih wajib diikuti bagi menangani wabak ini berjangkit dan menular, setelah hampir masuk dua tahun pandemik ini berlaku dan kita masih belum menang.

Kita akan menang bila kesedaran rakyat untuk mengambil vaksin tinggi dan peratus mencecah 80% rakyat menerima vaksin tercapai, ujarnya.

Lima individu mahu ke Langkawi positif Covid-19

Lima kes positif dikesan hasil saringan Covid-19 terhadap individu mahu berlepas menerusi pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, seramai 2,546 individu disaring di pintu masuk udara dan laut ke Pulau Langkawi sehingga 12 tengah hari.

Beliau berkata, jumlah itu membabitkan 1,250 individu disaring di empat pintu masuk lapangan terbang dan 1,296 individu melalui feri di Kuala Perlis.

“Seramai 2,528 individu menjalani ujian RTK-Ag (kendiri) dan lima kes positif C0vld-19 dikesan manakala enam individu menjalani ujian RT-PCR sendiri sebelum ke lapangan terbang dan semua keputusan adalah negatif.

“Baki 12 kanak-kanak di bawah enam tahun tidak menjalani ujian C0vld-19 dan dibenarkan berlepas bersama keluarga masing-masing,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, lima kes dikesan positif adalah kategori satu iaitu tidak bergejala dan diberikan perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) untuk diisolasi bagi tempoh 10 hari.

Beliau berkata, kejayaan Projek Rintis Langkawi sebagai gelembung pelancongan domestik pertama sangat penting dalam menentukan hala tuju pembukaan destinasi gelembung pelancongan domestik seterusnya.

“Projek rintis ini perlu dilaksanakan dengan berhati-hati bagi memastikan ia berjalan lancar dan tidak menyebabkan berlakunya peningkatan kes serta kluster baharu.

“Atas sebab itu, kerajaan perlu memastikan setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi sudah menerima vaksinasi lengkap, bukan kes positif C0vld-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan untuk membawa negara keluar daripada kemelut pandemik ini tidak hanya boleh bergantung kepada usaha dan strategi kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu didokongi usaha sama semua pihak dan lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri dalam apa keadaan sekalipun bagi menjaga keselamatan diri, keluarga, dan masyarakat sekeliling.

“Amalkan pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan mencuci tangan dengan kerap. Sekiranya bergejala sama ada semasa tempoh melancong atau selepas pulang dari Pulau Langkawi, segera dapatkan rawatan awal atau lakukan ujian kendiri bagi membendung penularan C0vld-19.

“Jika masyarakat mengambil mudah kelonggaran diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan menjadi lebih teruk.

“KKM mengucapkan jutaan penghargaan atas kerjasama dan sokongan diberikan pelbagai pihak dan agensi dalam merealisasikan Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi,” katanya.

 

Check Also

Pulau Batu Puteh: Sultan Johor Bertitah Tindakan Tegas Mesti Diambil Ke Atas Pihak Lakukan Kecu4ian, Sekali Dr Mahathir Jawab Balik

KUALA LUMPUR: Perbandingan Pulau Langkawi dengan Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang tidak wajar, kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published.