Sabethes, Nyamuk Tercantik Dunia Yang Sangat Licik Dan Tangkas

Hampir semua orang tidak menyukai nyamuk kerana sebilangan besar sifatnya yang suka menghisap darah manusia selain sebagai agen pembawa penyakit kepada manusia. Tetapi tahukah anda ada spesies nyamuk yang ‘cantik’? Ternyata ia memang cantik dan unik. Ia adalah Sabethes cyaneus , sejenis nyamuk tropika.

Nyamuk Sabethes yang terdapat di hutan tropika di Amerika Tengah dan Selatan, adalah spesies yang sukar difahami, ia mempunyai anggota badan dengan warna biru, bulu seperti dayung yang dibentuk oleh sisik memanjang, terletak di tibia kaki tengah.

Kedua kaki belakang yang melengkung ke atas badan nyamuk menjadikan penampilan Sabethes kelihatan sangat megah dan mengagumkan. Kagum dan terkesan dengan keindahan serta keunikan Sabethes, jurufoto sanggup dan bersedia menghadapi rintangan yang sangat sukar untuk mendapatkan hasil yang sempurna kerana baka ini terkenal sangat licik dan sukar difoto dengan baik.

Kaki tengah nyamuk Sabethes yang berbulu halus merupakan salah satu ciri khasnya, tetapi para saintis masih tidak mengetahui fungsinya. Untuk sementara waktu, diyakini bahawa kaki tengahnya yang berbulu memainkan peranan dalam ritual mengawan, eksperimen menunjukkan bahawa ketika dayung dikeluarkan dari kaki jantan, mereka akan terus mengawan.

Seperti di lebih dari 3,300 spesies nyamuk yang diketahui di dunia, hanya nyamuk betina yang menghisap darah ketika hendak menghasilkan telur. Selebihnya, mereka hanya makan nektar. Setiap kali Sabethes menghisap darah, kaki belakangnya melengkung ke atas badan membuatkan Sabethes kelihatan sangat cantik.

Ketika kaki belakang melengkung ke atas badan, ia berfungsi sebagai alat sensor untuk mengesan pergerakan musuh dan serangga itu segera melarikan diri sekiranya ada bahaya.

Baru-baru ini ‘kelibat’ nyamuk berkenaan sempat dirakam Gil Wizen dari Ontario, Kanada.

Karyanya mendapat pujian dalam pertandingan fotografi alam semula jadi tahunan, Wildlife Photographer of the Year.

Wizen merupakan ahli entomologi terlatih, jadi dia memahami perkara itu dengan baik.

Dia mengatakan nyamuk Sabethes sangat tangkas dan sukar diambil gambarnya, terutama dalam keadaan panas dan lembap di hutan hujan Amazon di Ecuador, di mana gambar itu diambil.

“Nyamuk ini adalah vektor beberapa penyakit tropika, seperti demam kuning dan demam denggi berdarah. Semasa mengambil gambar, saya digigit nyamuk ini dan beberapa nyamuk lain. Tetapi saya masih hidup,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

Sumber: orangmuo utusan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Check Also

Ter0k Di k3cam, Imam Besar M4sjid Putra Sekali Lagi T4mpil Buat Vide0

PUTRAJAYA – Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.