VlDEO | SaIute lnisiatif Patriotik Tan Boon Heong ! KaIi Ni Jadi Rapper Nyanyi Happy Birthday MaIaysia

Bekas jaguh badminton negara, Tan Boon Heong terus mencuri perhatian netizen dengan memuat naik di laman Instagram rasminya, @tanboonheong7.

Semalam, beliau muncul dengan sebuah klip video pendek yang menunjukkan dirinya bukan hanya menjadi penyanyi, tetapi juga rapper bersama 2 lagi penyanyi berbangsa Cina.

[Vide0] Salute Inisiatif Patriotik Tan Boon Heong ! Kali Ni Jadi Rapper Nyanyi Happy Birthday Malaysia

Uniknya, lagu yang dinyanyikan oleh mereka bertiga adalah sebagai lambang dan simbol rasa hormat dan patriotisme terhadap negara yang menyambut ulang tahun ke 64 Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos setiap tahun, termasuk hari ini.

Melalui visual yang disaksikan Gempak, Boon Heong memulakan muzik video dengan beberapa jenis permainan tradisional seperti gasing, wau, congkak dan batu seremban.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tan Boon Heong 7 (@tanboonheong7)

Memakai baju berwarna hitam, Boon Heong kemudian menyanyi secara rap dalam dwi bahasa iaitu Melayu dan Cina.

“Ke mana pun pakai topeng muka banyak panaslah takut member tak kenal saya, takut tak ada pilihan”, begitu antara bait lirik yang dinyanyikan secara rap oleh pemain badminton kelahiran Kedah ini.

Antara lirik yang diselang seli dalam bahasa Cina dan Melayu itu, ia turut menyentuh mengenai situasi ekonomi dan keadaan rakyat yang perlu ikat perut dalam pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

“Confirm, saya makan ikan bilis, ikan bilis saja”, antara bait lain yang didendangkannya.

Boon Heong kemudian dilihat menyebut ‘tapi jangan ganjiong’, Happy Birthday Malaysia.

Persembahan santai dan inisiatif yang dilakukan Boon Heong mendapat pujian daripada netizen.

Ramai yang teruja dengan cara Boon Heong menghargai Malaysia dan terharu dengan apa yang dilakukannya bersama barisan pemuzik lain.

Komen netizen:

[Vide0] Salute Inisiatif Patriotik Tan Boon Heong ! Kali Ni Jadi Rapper Nyanyi Happy Birthday Malaysia

[Vide0] Salute Inisiatif Patriotik Tan Boon Heong ! Kali Ni Jadi Rapper Nyanyi Happy Birthday Malaysia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Johodaily

 

Sumber: Gempak

Check Also

(VIDEO) Pecah Perut Penonton! Cat, Jihan, Danial Buat Parodi Vida-Iqbal

Kisah cinta antara Dato’ Seri Vida dan pasanganya, Iqbal menjadi tumpuan peminat industri hiburan tanah air. Perbualan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.